Thursday, February 20, 2014

Rapuh..

Bila dosa menghimpit rasa..
Resah jiwa ku...besarnya beban harus ku tanggung...
Hanya padaMu ku bersujud
Allah..Allah..Allah
Berilah ketenangan hati..



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Wednesday, February 12, 2014

Bicara hati..


Ya Allah, Aku mohon pilihan Mu atas
urusan
ku dengan Ilmu-Mu dan aku memohon
ketetapan-Mu dengan keputusan-Mu Yang
Agung.
 Sesungguhnya Engkau yang Maha
Menentukan sedangkan aku tidak mampu.
Engkau Yang Maha Tahu sedangkan aku
tidak tahu. Dan Engkau Yang Maha
Mengetahui segala sesuatu yang ghaib.
Ya Allah, ajarilah aku berzikir kepada-Mu,
ajarilah aku bersyukur kepadaMu, dan
ajarilah aku beribadah yang baik kepadaMu.
Ya Allah, rahmatilah aku dengan Al-Quran
yang mulia, jadikanlah ia bagiku pemimpin
dan cahaya petunjuk. Ya Allah, ingatkanlah
apa yang telah aku lupa dan ajarkan
kepadaku apa yang tidak aku ketahui
darinya, anugerahkanlah padaku
kesempatan membacanya pada sebagian
malam dan siang, jadikanlah ia keterangan
kuat bagiku, Ya Allah cukupkan rizeki
padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan
semua yang hilang dariku dengan yang
lebih baik lagi.... Dengan Berkah Solawat
dan salam kepada Nabi Junjungan
Muhammad S.A.W .... Dan dgn Berkat
kalimah Lailaha Illallah Muhammaddar
Rasulullah. Dan Dgn Segala Kesempurnaan
Hanya kerana Mu, ya Allah, Rabbila'lamin..
Ya Allah, Ya Rahman,
berikanlah hamba ini kebaikan di setiap
keburukan, dan berikanlah hamba ini
kemudahan di setiap kesulitan, dan
bimbinglah hamba ini untuk selalu
isthiqomah agar bisa menjalani kehidupan
ini dengan hati yang redha dan ikhlass ..,.
YA ALLAH..
Berikan aku kebahagiaan yang cukup
untuk membuatku tersenyum..
Dan kebahagiaan yang membuat aku
bersyukur atas semua nikmat-Mu..
Yaa Allah......
Tenangkanlah jiwaku
Redamlah emosiku...
Tundukkanlah nafsuku
Hilangkanlah dendamku
Kuatkanlah imanku.....
Yaa Allah.....
Istirahatkanlah diriku malam ini dengan
hati dan pikiran yang damai, tenang dan
bahagia.
Yaa Allah.....
Bangunkanlah diriku di sepertiga malam,
dan kuatkanlah untuk melaksanakan
qiyamullail.
Ya Allah......
Yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Jadikanlah esok hari ilmuku,
imanku,ibadahku dan rezkiku lebih baik
dari hari ini.
Ya Allah, Dikau lah Yang Maha Pengasih,
mohon malam ini bersihkanlah hati dan
pikiranku dari kesedihan dan
kemarahan.
Bangunkanlah aku esok dalam
kedamaian, dalam harapan baik, dalam
kelancaran urusan-urusanku, dan dalam
keberkahan dari keselamatan dan rezeki
dariMu.
DENGAN NAMA MU, YA ALLAH YANG MAHA
PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
ENGKAULAH, TIADA YG LAIN SELAIN
ENGKAU, ALLAH YANG MAHA HIDUP LAGI
MAHA BERDIRI SENDIRI.... Allahhuakbarr....

-ilham rasa dr Wan Fasyrie -

Monday, February 3, 2014

Jalan Yg Benar - Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ibnu Batoota ( share dr FB nya)
~Saya ikut Al-Quran dan Hadis~

(Peringatan)

*Tulisan asal oleh Ibnu Batoota, saya bertanggungjawab penuh atas tulisan ini dan diharamkan untuk disebarkan kecuali jika dikredit kepada fb saya untuk mengelakkan fitnah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tak perlu minta izin share.*

Hari ini, telah wujud pelbagai pecahan kumpulan agama seperti yang diramalkan Rasulullah.

Dan semua pecahan agama itu mengakui bahawa mereka mengikut Al-Quran dan Hadis.

Di Malaysia sekarang, terdapat 3 kumpulan yang popular. 2 kumpulan sesat (dan difatwakan sesat oleh fatwa-fatwa negeri dan fatwa kebangsaan), dan 1 kumpulan sahih.

1) Wahabbi/Salafi. (Difatwakan sesat)
2) Syiah. (Difatwakan sesat)
3) Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. (Ikutan umat Islam sepanjang zaman)

a) Apakah itu Wahabbi/Salafi?

-Wahabbi ialah sejenis gerakan yang baru muncul sebelum perang dunia pertama.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, Mr. Albani, Bin Baz, Soleh bin Fauzan dan makhluk-makhluk Allah yang hidup di era akhir zaman ini.

-Markaz utama mereka ialah Arab Saudi. Mereka (bani Sa'ud yang berfahaman Wahabbi) diberi hadiah seluruh negara Arab Saudi oleh Eropah sebagai tanda penghargaan kerana membantu dalam menghapuskan Empayar Islam Turki Utmaniyyah yang telah bertahan lebih 600 tahun. Jadi mereka pun namakan negara Arab Saudi tu berdasarkan nama kabilah mereka iaitu Sa'ud.

-Mereka sesat kerana beberapa aspek di dalam akidah dan fiqh serta mengkafirkan ahli tasawwuf. Mereka berkeyakinan akidah campur-campur antara mujassimah dan hulul misalnya menganggap Allah mempunyai anggota badan (mujassimah) dan beranggapan Allah bersatu/bersentuh/bertempat di dalam langit (hulul).

-Mereka sangat takut apabila digelar Wahabbi kerana sejarah hitam Wahabbi yang mengkhianati Khalifah Uthmaniyyah dan kerosakan lain. Oleh sebab itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Salafi".

b) Apakah itu Syiah?

- Syiah ialah sejenis gerakan yang diwujudkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' bersama orang-orang Majusi Parsi (kini Iran) pada zaman khalifah Saidina Ali r.a.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DICIPTA BARU oleh paderi-paderi mereka. Mereka menolak untuk mengikut Quran dan Hadis yang sedia ada kerana menganggap kedua-duanya tidak sahih. Kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) dianggap tidak sahih kerana ianya diriwayatkan oleh para Sahabat Rasulullah yang mereka hukum sebagai murtad dan kafir. Oleh sebab itu mereka mencipta Al-Quran dan Hadis yang baru.

-Markaz utama mereka ialah di Iran kerana di sana merupakan tempat utama penganut agama Majusi (penyembah api) sejak zaman Nabi. Setelah agama Syiah diperkenalkan, orang-orang Majusi telah memeluk agama ini dan menjadikan Iran sebagai markaz utama sehingga ke hari ini.

-Mereka bukan lagi sesat tetapi kafir kerana mereka mengkafirkan para Sahabat Nabi kecuali beberapa orang, menolak Al-Quran dan Hadis yang sedia ada dan sebagainya.

-Mereka juga seperti Wahabbi, sangat takut jika digelar Syiah sehingga paderi-paderi mereka memfatwakan agar boleh menipu untuk menyembunyikan identiti Syiah mereka (yang digelar Taqiyyah). Gelaran yang mereka beri untuk diri sendiri ialah "mazhab Ahlul Bait".

c) Apakah itu Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)?

-ASWJ ialah satu-satunya kumpulan yang dijamin Rasulullah selamat, ia diasaskan oleh Rasulullah sendiri dan diteruskan perjuangannya oleh para Sahabat Nabi, seterusnya diwariskan kepada para Tabi'in (murid para Sahabat), seterusnya diwariskan kepada Tabi' Tabi'in (murid para Tabi'in). Penyusunan mazhab ASWJ secara rapi dan tersusun dimulakan oleh para Tabi'in kemudian diteruskan oleh para Tabi' Tabi'in. Sehingga mazhab-mazhab ini diberi nama berdasarkan para Tabi'in atau Tabi' Tabi'in yang menyusunnya untuk mudahkan umat Islam mengenalinya, misalnya mazhab Hanafi (seorang Tabi'in), mazhab Syafi'e (seorang Tabi' Tabi'in) dan lain-lain ulama ASWJ.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Nabi Muhammad, para Sahabat, para Tabi'in, dan para Tabi' Tabi'in. Ajaran Rasulullah dan Sahabat diajar kepada umat Islam secara bersanad sehingga ke hari ini.

-Markaz ASWJ ialah di seluruh dunia, asalnya pusat Khalifah seperti di Turki merupakan markaz utama ASWJ, tetapi selepas Eropah dan Wahabbi meruntuhkan khalifah, maka kini ASWJ berdikari di tempat masing-masing. Misalnya di Malaysia, kita mengikut fahaman ASWJ mazhab Syafi'e dari segi Fiqh dan mazhab Asy'ari dari segi akidah. Ini merupakan keputusan ulama Malaysia sejak dahulu dan dipersetujui pula oleh para Sultan. Mentaati Sultan yang sah dalam hal kebaikan adalah wajib dan mengingkari Sultan dalam hal kebaikan adalah Khawarij.

-Mereka dijamin selamat oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis-hadis sahih.

-Mereka tidak pernah takut atau elergi bila digelar sebagai pengikut mazhab Syafie, atau pengikut mazhab Hanafi, atau pengikut Asy'ari, atau pengikut Maturidi, atau pengikut Hanbali dan nama-nama imam ASWJ lainnya kerana semua imam-imam itu di jalan yang benar. Tiada siapa akan kisah kalau kita dinisbatkan sebagai pengikut kepada imam-imam yang benar. (Beza dengan Wahabbi dan Syiah yang sangat takut dengan bayang-bayang sendiri).

Note: Kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie dan akidah Asy'ari, dan mereka ini bersanad yang kuat sehingga Rasulullah. Oleh sebab itu kita mengikuti mereka.

Berbeza dengan Wahabbi, jika kita mengikuti mereka, sanad kita akan terputus sehingga ke buku-buku bacaan Albani, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh-tokoh Wahabi lainnya.

Begitu juga Syiah, jika kita mengikut mereka, sanad kita akan terputus sehingga seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba'.

Kepada yang Allah kurniakan akal, silakan berfikir dan pilih jalan yang benar.

Kepada yang Allah kurniakan otak tapi tidak akal, sila jangan meroyan di post ini.

Note 2: Semua gerakan-gerakan aneh ini mendakwa mereka ikut Al-Quran dan Hadis (tapi mengikut tafsiran mereka sendiri, bukan tafsiran Nabi dan Sahabat), jadi janganlah terpedaya dengan slogan indah mereka.

Wednesday, January 29, 2014

Jawaban

Assalammualaikum wbrt.,



Terimakasih kerna memberi jawaban
Pada hati yg jenuh menunggu
Siapalah diri ini yg bisa menilai
Hanya Allah jua Yg Maha Mengetahui..
Semua persoalan yg menghantui diri
Dapat dileraikan..

wahai diri yg mengasihi Allah dan Rasul
Dirimu dan duniamu bak langit dan bumi denganku
Walaupun berpijak pd bumi yang sama
Aku cuma insan kerdil yang membodohkan diri

Ketahuilah wahai diri
Bahawa hidup telah ditetapkan dr azali,
Allah sudah memberi dunia pada diri
Tidak perlu dicari atau ia akan menghimpit diri
Yang perlu dicari hanyalah akhirat
Kerna dunia ini tiada maknanya
Allah mencipta kita utk mengejar akhirat
Janganlah kita masuk neraka hanya kerna takdir kita
Kita diberi pilihan utk mencari yg baik dan buruk

Usahlah yang lain mempersoalkan siapa dirimu
Biarlah kekal dan mati dlm akalku
Amanah akan coba kupegang
Kerna aku hanyalah insan yg dah bersalah.
...pada dirimu yang terbilang.

***
- biar dunia kita berbeza
Ungkapan bagai bertekateki,
Bila Allah dijudul utama , ungkapan lain tiada erti
Pencapaian dapat disepakati
Untuk menggapai redha Ilahi..

Allahhuakhbar...
Alhamdulillah...
SubhanaAllah...
La illa haillaullah..


Tuesday, January 28, 2014

Perlukah maaf itu?

Assalammualaikum wbrt
Segala puji2an hanyalah bagi Allah Tuhanku yg Maha Kuasa Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam keatas Rasulullah kekasihMu Ya Allah, ahlikeluarganya dan sahabat2nya..


Airmata mengalir....
Tiapkali mengenangkan apakah ada maaf darinya
Hati merintih,
Beratnya rasa dlm dada,
Perlukah hati bertahan, perlukah senyuman tawar diukir
Agar yg lain x bisa menelah hati

Mengapa tiada khabar
Adakah hati penuh rasa marah atau
Akukah yg terlajak kata?
Maaf...
Maaf...
Maafkan diri ini...

Wahai insan yg mulia
Marahnya Allah , buatku takut jika dgn kemarahan mu
Wahai insan yg dekat denganNya
Kerana engkau mmg istimewa disisiNya

Perlukah maaf ini..
Ye..
Kerna jika tiada maaf ini
Jiwa x tenang
Rasanya bagai dunia dh berakhir bagiku
Beratnya rasa, ...banyaknya dosa pada hambaMu ya Allah

Berilah khabar
Ucaplah sesuatu
Apa yg dirasa .,jangan hanya membisu
Memang aku bersalah
Maafkanlah diri yg hina ini.....

Jawablah wahai insan
Jika tidak
Hati bertambah sayu....


Dunia....

Assalammualaikum wbrt.,

Tika tangan mula menekan huruf2 ni..hati sedang sebak..x tau kenapa..macam2 dlm fikiran..
Semenjak 2 bulan terakhir ini, duniaku sangat sibuk..memikirkan rumah yang bakal diduduki, diubahsuai..jika dulu fikiran hanya tertumpu pd rutin  harian, menyibokkan diri utk mengenal diri..kini.,' dunia' sudah menguasai diri..
Sedihnya...
Hinggakan masa yg sewajarnya kita tumpukan utk Yg Maha Esa, dah dirosakkan dgn fikiran2 yg bercelaru ..solat jadi x kyusuk..walhal, jnilah masanya kita mengucapkan rasa syukur pdNya, merasai kehadiranNya dan takut akan kemurkaanNya..
Sedihnya..
Sedihnya..
Sedihnya..
Masa banyak tertumpu pd rumah, bila nak siap, barang2 yg nak dibeli..meluangkan banyak masa di kedai2 perabot dan alatan rumah..ooooh...sukarnya utk menarik keluar fikiran2 ini dr dlm diri...
Bilalah ini semua akan berakhir..
Hanya berharap belas ehsanMu Ya Allah, agar hambaMu ini bukanlah yg tergolong dari orang2 yg Kau murkai..aku x mau diri ini kufur dan fakir bila mengadapMu Ya Allah..
:(
:(
:'(




Wednesday, January 15, 2014

Kalimah2 yg kena biasakan

Bismillahhirrahmannirrahim.,

Mudah2an menjadi amalan di bibir kita seharian

7 kalimat yg harus di biasakan.. 

1.Bismillahirrahmannirrahim (بسم الله الرحمٰن الرحيم)
~Setiap kali hendak melakukan sesuatu. 

2.Alhamdulilah (الحمد لله)
~Setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah (استغفرالله)
~Jika terbuat sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah (انشاالله)
~Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
(لا حول ولا قوة الا بالله)
~Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/ melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun
(انا لله وانّا اليه راجعون)
~Jika melihat/ menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah
(لا الٰه الا الله)
~Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمّدٍ

Jom selawat banyak-banyak sebelum kita mati japgi.