Monday, April 8, 2013

Syukur hanyalah UntukMu..Allah Ya Rabbi..

Assalammualaikum wbrt,




Ya Allah ,
Segala puji-pujian hanyalah untukMu,
Allah yg mentadbir seluruh alam,
Tiada yg termampu diucapkan, hanyalah dengan penuh kesyukuran padaMu, Allah, atas semua nikmat2 yg telah Kau anugerahkan pada hambaMu  yg hina dina ini,
Terlalu banyak nikmatMu, x mampu diucapkan dgn kata2..ALLAH ALLAH ALLAH
Ya Allah,..
Kau yg masih memberi nafas padaku, yg memudahkan ku bernafas, tanpa perlu bantuan, yg masih memudahkan penghidupanku, Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, masih lagi memberi nikmat hidup, setelah banyaknya dosa2 yg telah kuperbuat, banyaknya nikmat2 Mu yg telah ku lupakan, diri ini yg selalu lupa, lalai, selalu bersangka buruk pada semua makhlukmu, selalu berniat, bersikap takabur, riak, ujub..ALLAH ALLAH ALLAH
Betapa, Kau masih lagi memberi segala kenikmatan kepada hambaMu ini..dengan segala dosa yg telah ku perbuat..ALLAH ALLAH ALLAH..
Segala puji2pujian hanyalah untukMu
Segala puji2pujian hanyalah untukMu
Segala puji2pujian hanyalah untukMu
Allah,
Betapa aku masih mampu berdiri, berjalan, menikmati hidup sebagai manusia ciptaanMu, melihat keindahan ciptaanMu,
Ya Allah,
Betapa indahnya ciptaanMu,
Lihatlah awan yg berarak..tidak sama bentuknya setiapkali,
Lihatlah langit yg tinggi menjulang, tanpa tiang, membiru nan indah,
Allah....
Mampukah manusia membinanya?..
Lihatlah mentari yg muncul setelah malam melabuhkan tirai,
Lihatlah cerahnya mentari , menyinari alam, memberi cahaya pada kehidupan,
Lihatlah bulan yg menjelma setelah bumi diterangi dgn mentari, silih berganti malam dan siang tanpa ada perselisihan dan cacat celanya..
Allah..
Siapakah yg mentadbir semua ini?
Tentulah Engkau Ya Allah, yang Maha Agung, Yang Maha Besar KekuasaanNya.
Siapakah yg  mampu menafikannya?..
ALLAH ALLAH ALLAH,
Aku beriman padaMu ya Allah..
Agungnya Engkau, Besarnya KekuasaanMu,
Hingga takutnya diri ini menerima nikmat2Mu yg tidak putus2 dan tidak jemu2 memberi nikmat pada hambaMu  ini..
Nikmat apakah lagi yang hendak kau dustakan wahai diri..
Nikmat apakah lagi yang hendak kau dustakan wahai diri..
Nikmat apakah lagi yang hendak kau dustakan wahai diri..
Ya Allah,
Janganlah Engkau ubah hati ini,
Janganlah diri ini antara hambaMu yg tidak Kau pandang,
Janganlah diri ini tergolong dari golongan yg kufur nikmat..
Allah..
Hanya padaMu aku berserah kerna Kaulah yg memegang jiwa ini,
Kau Maha Berkuasa melakukan apa2 saja..
Jadikanlah hambaMu ini antara golongan yg terpilih,
Menuju ke JalanMu yang lurus,..dlm menujuMu
Menuju redhaMu, RahimMu, rahmatMu dan BerkatMu..
Janganlah daku ini tergolong dari golongan yg Kau Murkai..
Bukanlah juga tergolong dari golongan yang sesat ..
ALLAH ALLAH ALLAH..
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bila Allah nak menunjukkan KekuasaanNya..telitilah ais yg terukir perkataan ALLAH ini...ALLAHHUAKHBAR
(pengalaman sendiri di tahun 2010..ketika makan bersama keluarga di kedai makan di Pahang)


Bila Allah memperlihatkan kekuasaanNya..kalimah 'Allah' di langit rumahku...Allah...Allah..Allahuakhbar..


Apakah yang nak kau dustakan wahai hati, wahai hamba...marilah menjadi hambaNya yang bersyukur..

Allah..Allah...
Allah.......

Wednesday, March 13, 2013

Bila ia berbunga..

Assalammualaikum wbrt..

Setiap kali memandangnya, hati terusik suka dan bahagia...

Ya Allah..
...bila orkidku berbunga setelah sekian lama menyepi..segala syukur hanyalah untuk
Mu yg memberiku bahagia, suka dan bunga orkid ini,








Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah

"Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yg Engkau mahu. DitanganMu, wahai Allah segala kebaikan dan kekayaan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa utk membuat apa saja terhadap apa saja"

"Engkau menabirkan siang dgn malam dan menabirkan malam kepada siang. Engkau menerbitkan sesuatu yg hidup dari sesuatu yg mati, sebagaimana
Engkau melahirkan sesuatu yg mati kepada sesuatu yg hidup.
Dan Engkau memberi rezeki tanpa berhitung, kepada siapa saja yg Engkau kehendaki, Engkau mengagihkan rezeki."

...surah Ali Imran ayat 27

Thursday, February 28, 2013

Bila alam mempersonakanku..Allah!!!...

Assalammualaikum,

Segala puji2an hanyalah buat Sang Pencipta..Allah Tuhanku, Yang Maha Besar Kuasanya, hambaMu ini hanyalah hambamu yg hina..
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah saw, kekasihMu ya Allah, serta kaum keluarga  dan sahabat2nya.

Allah..Maha pencipta..
Bila alam mempersonakanku..betapa hebat ciptaanmu..Ya ALLAH..
Bila langit dan awan yang selalu kulihat..



























'Allah yg menciptakan 7 langit berlapis2, kamu sekali2 tidak melihat pada ciptaan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, sesuatu yg tidak seimbang. Maka lihatlah berulang2, adakah kamu lihat sesuatu yg tidak seimbang?'

'Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali (berbalik) kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat pun (hampa) dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah (kerana habis tenaga dgn sia2).'

...surah Al-Mulk ayat 3 dan 4.

ALLAH...,ALLAH....,ALLAH...

ALLAHHUAKHBAR,!!!!

Thursday, February 7, 2013

Majlis Resepsi Asma' dan Nazlan

Assalam

Jika di post terdahulu dicoretkan crite2 pra majlis...kali ini tiba masa bercerita tentang majlis resepsinya pula...


Alhamdulillah dgn izinYa, semua berjalan lancar..sama seperti majlis alongnya dulu, kami membuat keputusan untuk membuat majlis'bersama' - bermaksud..majlis itu adalah gabungan majlis pihak lelaki dan perempuan...saya melihat banyak kebaikan dlm hal ini..masa, tenaga, juga bajet dapat diuruskan dgn sebaik2nya.

Majlis berlangsung pada 26 hb Januari lepas di Kg Pengantin, Jln Central Kelang, Kuala Lumpur..setelah berlangsungnya majlis pernikahan pada 8 hb Disember 2012 yg lalu.

Cuma..bila memikirkan Kg Pengantin ini yg jauh dari Johor..rasa kesian pula pada sanaksaudara dan sahabathandai yg nak datang ke majlis itu...ini semua telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.

Pihak perempuan mengenakan tema pink dan pihak lelaki bertema purple..

Biarlah gambar yg bercerita..


Cantiknya anak ummi..


Pengantin ..serba hijau teqouis


Sekeluarga bergambar bersama pengantin



Bersama keluarga kedua2 belah pihak


Sekali lagi berpeluang bergambar..


Bersama goodies2 sebelum tetamu datang


Bersama 'besan' ..Puan Maznah


Fiza dan keluarga..terimakasih sudi memeriahkan majlis..datang jauh2 dari Kuantan


Pertemuan x disangka ..setelah 30 tahun..tidak bertemu


Siapa tau..senyum je yea..;)


Setiap ahli keluarga ada badge tau..crew pun


Sofi..sempat bergambar sebelum majlis


Lucukan..nak bergambar dgn kek pengantin..tau2 x jelas, lampu belakang lebih terang dari kami..huhu


Along dan Syu..teman di meja goodies

Ini gambar2 yg sempat diambil sendiri..x sabar nak tunggu dari album fotographer, terimakasih jua pd Sofi yg menyumbang gambar2..

Terimakasih tak terhingga buat insan2 yg menyumbang tenaga, masa dan lain2 bagi menjayakan majlis ini , langsung maupun tidak langsung. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya. Terima kasih

Selamat berbahagia angah-nazlan. Moga menjadi ibubapa mithali kepada anak2 yg soleh solehah....aminnnn

Wednesday, February 6, 2013

Pra-Majlis Resepsi Angah (Asma') dan Nazlan

Assalam

Nak bercerita sikit tentang perjalanan diri..

Baru2 ini berlangsung majlis resepsi anakku angah..Kami berkampung di Kg Pengantin, K Lumpur utk membuat persiapan majlis itu.
Alhamdulillah dgn izinNya , semua berjalan lancar.

Ini gambar2 persiapan awal sebelum majlis.




utk kudapan


acara membungkus goodies dan lain-lain


sorryla..gambar x clear..almaklum semua sedang bekerja..
.
angah..sibuk nampak..
along..x larat nak duduk di lantai..

packing utk goodies anak2 dlm paper bag




ehem...sang pengantin..tak sedar ke gambar tengah amik ni..






kedua-dua belah pihak sibuk dgn kerja masing-masing


Inilah goodies2 tu..akhirnya siap jua packing..