Monday, February 3, 2014

Jalan Yg Benar - Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ibnu Batoota ( share dr FB nya)
~Saya ikut Al-Quran dan Hadis~

(Peringatan)

*Tulisan asal oleh Ibnu Batoota, saya bertanggungjawab penuh atas tulisan ini dan diharamkan untuk disebarkan kecuali jika dikredit kepada fb saya untuk mengelakkan fitnah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tak perlu minta izin share.*

Hari ini, telah wujud pelbagai pecahan kumpulan agama seperti yang diramalkan Rasulullah.

Dan semua pecahan agama itu mengakui bahawa mereka mengikut Al-Quran dan Hadis.

Di Malaysia sekarang, terdapat 3 kumpulan yang popular. 2 kumpulan sesat (dan difatwakan sesat oleh fatwa-fatwa negeri dan fatwa kebangsaan), dan 1 kumpulan sahih.

1) Wahabbi/Salafi. (Difatwakan sesat)
2) Syiah. (Difatwakan sesat)
3) Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. (Ikutan umat Islam sepanjang zaman)

a) Apakah itu Wahabbi/Salafi?

-Wahabbi ialah sejenis gerakan yang baru muncul sebelum perang dunia pertama.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, Mr. Albani, Bin Baz, Soleh bin Fauzan dan makhluk-makhluk Allah yang hidup di era akhir zaman ini.

-Markaz utama mereka ialah Arab Saudi. Mereka (bani Sa'ud yang berfahaman Wahabbi) diberi hadiah seluruh negara Arab Saudi oleh Eropah sebagai tanda penghargaan kerana membantu dalam menghapuskan Empayar Islam Turki Utmaniyyah yang telah bertahan lebih 600 tahun. Jadi mereka pun namakan negara Arab Saudi tu berdasarkan nama kabilah mereka iaitu Sa'ud.

-Mereka sesat kerana beberapa aspek di dalam akidah dan fiqh serta mengkafirkan ahli tasawwuf. Mereka berkeyakinan akidah campur-campur antara mujassimah dan hulul misalnya menganggap Allah mempunyai anggota badan (mujassimah) dan beranggapan Allah bersatu/bersentuh/bertempat di dalam langit (hulul).

-Mereka sangat takut apabila digelar Wahabbi kerana sejarah hitam Wahabbi yang mengkhianati Khalifah Uthmaniyyah dan kerosakan lain. Oleh sebab itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Salafi".

b) Apakah itu Syiah?

- Syiah ialah sejenis gerakan yang diwujudkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' bersama orang-orang Majusi Parsi (kini Iran) pada zaman khalifah Saidina Ali r.a.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DICIPTA BARU oleh paderi-paderi mereka. Mereka menolak untuk mengikut Quran dan Hadis yang sedia ada kerana menganggap kedua-duanya tidak sahih. Kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) dianggap tidak sahih kerana ianya diriwayatkan oleh para Sahabat Rasulullah yang mereka hukum sebagai murtad dan kafir. Oleh sebab itu mereka mencipta Al-Quran dan Hadis yang baru.

-Markaz utama mereka ialah di Iran kerana di sana merupakan tempat utama penganut agama Majusi (penyembah api) sejak zaman Nabi. Setelah agama Syiah diperkenalkan, orang-orang Majusi telah memeluk agama ini dan menjadikan Iran sebagai markaz utama sehingga ke hari ini.

-Mereka bukan lagi sesat tetapi kafir kerana mereka mengkafirkan para Sahabat Nabi kecuali beberapa orang, menolak Al-Quran dan Hadis yang sedia ada dan sebagainya.

-Mereka juga seperti Wahabbi, sangat takut jika digelar Syiah sehingga paderi-paderi mereka memfatwakan agar boleh menipu untuk menyembunyikan identiti Syiah mereka (yang digelar Taqiyyah). Gelaran yang mereka beri untuk diri sendiri ialah "mazhab Ahlul Bait".

c) Apakah itu Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)?

-ASWJ ialah satu-satunya kumpulan yang dijamin Rasulullah selamat, ia diasaskan oleh Rasulullah sendiri dan diteruskan perjuangannya oleh para Sahabat Nabi, seterusnya diwariskan kepada para Tabi'in (murid para Sahabat), seterusnya diwariskan kepada Tabi' Tabi'in (murid para Tabi'in). Penyusunan mazhab ASWJ secara rapi dan tersusun dimulakan oleh para Tabi'in kemudian diteruskan oleh para Tabi' Tabi'in. Sehingga mazhab-mazhab ini diberi nama berdasarkan para Tabi'in atau Tabi' Tabi'in yang menyusunnya untuk mudahkan umat Islam mengenalinya, misalnya mazhab Hanafi (seorang Tabi'in), mazhab Syafi'e (seorang Tabi' Tabi'in) dan lain-lain ulama ASWJ.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Nabi Muhammad, para Sahabat, para Tabi'in, dan para Tabi' Tabi'in. Ajaran Rasulullah dan Sahabat diajar kepada umat Islam secara bersanad sehingga ke hari ini.

-Markaz ASWJ ialah di seluruh dunia, asalnya pusat Khalifah seperti di Turki merupakan markaz utama ASWJ, tetapi selepas Eropah dan Wahabbi meruntuhkan khalifah, maka kini ASWJ berdikari di tempat masing-masing. Misalnya di Malaysia, kita mengikut fahaman ASWJ mazhab Syafi'e dari segi Fiqh dan mazhab Asy'ari dari segi akidah. Ini merupakan keputusan ulama Malaysia sejak dahulu dan dipersetujui pula oleh para Sultan. Mentaati Sultan yang sah dalam hal kebaikan adalah wajib dan mengingkari Sultan dalam hal kebaikan adalah Khawarij.

-Mereka dijamin selamat oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis-hadis sahih.

-Mereka tidak pernah takut atau elergi bila digelar sebagai pengikut mazhab Syafie, atau pengikut mazhab Hanafi, atau pengikut Asy'ari, atau pengikut Maturidi, atau pengikut Hanbali dan nama-nama imam ASWJ lainnya kerana semua imam-imam itu di jalan yang benar. Tiada siapa akan kisah kalau kita dinisbatkan sebagai pengikut kepada imam-imam yang benar. (Beza dengan Wahabbi dan Syiah yang sangat takut dengan bayang-bayang sendiri).

Note: Kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie dan akidah Asy'ari, dan mereka ini bersanad yang kuat sehingga Rasulullah. Oleh sebab itu kita mengikuti mereka.

Berbeza dengan Wahabbi, jika kita mengikuti mereka, sanad kita akan terputus sehingga ke buku-buku bacaan Albani, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh-tokoh Wahabi lainnya.

Begitu juga Syiah, jika kita mengikut mereka, sanad kita akan terputus sehingga seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba'.

Kepada yang Allah kurniakan akal, silakan berfikir dan pilih jalan yang benar.

Kepada yang Allah kurniakan otak tapi tidak akal, sila jangan meroyan di post ini.

Note 2: Semua gerakan-gerakan aneh ini mendakwa mereka ikut Al-Quran dan Hadis (tapi mengikut tafsiran mereka sendiri, bukan tafsiran Nabi dan Sahabat), jadi janganlah terpedaya dengan slogan indah mereka.

Wednesday, January 29, 2014

Jawaban

Assalammualaikum wbrt.,



Terimakasih kerna memberi jawaban
Pada hati yg jenuh menunggu
Siapalah diri ini yg bisa menilai
Hanya Allah jua Yg Maha Mengetahui..
Semua persoalan yg menghantui diri
Dapat dileraikan..

wahai diri yg mengasihi Allah dan Rasul
Dirimu dan duniamu bak langit dan bumi denganku
Walaupun berpijak pd bumi yang sama
Aku cuma insan kerdil yang membodohkan diri

Ketahuilah wahai diri
Bahawa hidup telah ditetapkan dr azali,
Allah sudah memberi dunia pada diri
Tidak perlu dicari atau ia akan menghimpit diri
Yang perlu dicari hanyalah akhirat
Kerna dunia ini tiada maknanya
Allah mencipta kita utk mengejar akhirat
Janganlah kita masuk neraka hanya kerna takdir kita
Kita diberi pilihan utk mencari yg baik dan buruk

Usahlah yang lain mempersoalkan siapa dirimu
Biarlah kekal dan mati dlm akalku
Amanah akan coba kupegang
Kerna aku hanyalah insan yg dah bersalah.
...pada dirimu yang terbilang.

***
- biar dunia kita berbeza
Ungkapan bagai bertekateki,
Bila Allah dijudul utama , ungkapan lain tiada erti
Pencapaian dapat disepakati
Untuk menggapai redha Ilahi..

Allahhuakhbar...
Alhamdulillah...
SubhanaAllah...
La illa haillaullah..


Tuesday, January 28, 2014

Perlukah maaf itu?

Assalammualaikum wbrt
Segala puji2an hanyalah bagi Allah Tuhanku yg Maha Kuasa Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam keatas Rasulullah kekasihMu Ya Allah, ahlikeluarganya dan sahabat2nya..


Airmata mengalir....
Tiapkali mengenangkan apakah ada maaf darinya
Hati merintih,
Beratnya rasa dlm dada,
Perlukah hati bertahan, perlukah senyuman tawar diukir
Agar yg lain x bisa menelah hati

Mengapa tiada khabar
Adakah hati penuh rasa marah atau
Akukah yg terlajak kata?
Maaf...
Maaf...
Maafkan diri ini...

Wahai insan yg mulia
Marahnya Allah , buatku takut jika dgn kemarahan mu
Wahai insan yg dekat denganNya
Kerana engkau mmg istimewa disisiNya

Perlukah maaf ini..
Ye..
Kerna jika tiada maaf ini
Jiwa x tenang
Rasanya bagai dunia dh berakhir bagiku
Beratnya rasa, ...banyaknya dosa pada hambaMu ya Allah

Berilah khabar
Ucaplah sesuatu
Apa yg dirasa .,jangan hanya membisu
Memang aku bersalah
Maafkanlah diri yg hina ini.....

Jawablah wahai insan
Jika tidak
Hati bertambah sayu....


Dunia....

Assalammualaikum wbrt.,

Tika tangan mula menekan huruf2 ni..hati sedang sebak..x tau kenapa..macam2 dlm fikiran..
Semenjak 2 bulan terakhir ini, duniaku sangat sibuk..memikirkan rumah yang bakal diduduki, diubahsuai..jika dulu fikiran hanya tertumpu pd rutin  harian, menyibokkan diri utk mengenal diri..kini.,' dunia' sudah menguasai diri..
Sedihnya...
Hinggakan masa yg sewajarnya kita tumpukan utk Yg Maha Esa, dah dirosakkan dgn fikiran2 yg bercelaru ..solat jadi x kyusuk..walhal, jnilah masanya kita mengucapkan rasa syukur pdNya, merasai kehadiranNya dan takut akan kemurkaanNya..
Sedihnya..
Sedihnya..
Sedihnya..
Masa banyak tertumpu pd rumah, bila nak siap, barang2 yg nak dibeli..meluangkan banyak masa di kedai2 perabot dan alatan rumah..ooooh...sukarnya utk menarik keluar fikiran2 ini dr dlm diri...
Bilalah ini semua akan berakhir..
Hanya berharap belas ehsanMu Ya Allah, agar hambaMu ini bukanlah yg tergolong dari orang2 yg Kau murkai..aku x mau diri ini kufur dan fakir bila mengadapMu Ya Allah..
:(
:(
:'(




Wednesday, January 15, 2014

Kalimah2 yg kena biasakan

Bismillahhirrahmannirrahim.,

Mudah2an menjadi amalan di bibir kita seharian

7 kalimat yg harus di biasakan.. 

1.Bismillahirrahmannirrahim (بسم الله الرحمٰن الرحيم)
~Setiap kali hendak melakukan sesuatu. 

2.Alhamdulilah (الحمد لله)
~Setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah (استغفرالله)
~Jika terbuat sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah (انشاالله)
~Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
(لا حول ولا قوة الا بالله)
~Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/ melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun
(انا لله وانّا اليه راجعون)
~Jika melihat/ menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah
(لا الٰه الا الله)
~Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمّدٍ

Jom selawat banyak-banyak sebelum kita mati japgi.

Monday, December 30, 2013

Twin of Faith - Day 2


Q & A
X sempat nk ikuti semua..agak terlambat..

2.  Brother Sh Alaa Elsayed - the prophet's wife


Kita adalah anak2 kpd 'isteri2 nabi'..
Kisah cinta teragung adalah antara nabi dn siti khadijah..siti khadijah adalah yg melahirkan anak2 nabi, yg sanggup miskin, berkorban, di masa susah dn senang.
Lelaki yg terbaik adalah yg baik dgn isteri dan keluarganya..
Adil dlm poligami adalah dr sisi yg berlainan bergantung pd keadaan isteri dn anak2.
Boleh bohong pd semua orang..tp x boleh berbohong pd isteri krn mereka tau kesilapan anda.

Umrah rm 6700 -

3. Sh AR McCarthy


Mengapai alkhauthar

Sedaya upaya mengamalkan sunnah..dn alquran..x akan sesat.
umat akan terpecah pd 73 golongan..semua sesat kecuali 1..yg berpegang pd alquran dn sunnah.
Hanya takwa dpt menghalang dr sesat..
Ikuti sunnah spt makan makanan yg nabi suka spt labu..
Imam malik..berkata.. - sesiapa yg klim ada bidaah yg baik dlm islam adalah sama spt menyamakn nabi adalah penipu kerna nabi dh istiharkan bhw islam dh disempurnakan semasa khutbah akhir .
Hadis..sesiapa yg mengikutiku dia adalah umatku dan sesiapa yg x mengikutiku, dia bukanlah umatku.
Downloadlah 1000 sunnah jdkan 2 ikutan setiap hari..inshaAllah kita akan dpt ikuti sunnah hingga jannah..

4. Mother of belivers - Sis Tasneem Ghauri


Keibuan.
Setiap kita berbeza., pengalaman akan mengajar kita.
Ketahui diri kita sendiri.

Motherhood is..
Like my mother,
Berkorban..
Utk capai redha Allah, kerana Allah.
Wanita 3 x lebih tanggungjawab dr lelaki,
Tiada titik noktah utk berhenti jika dh mula jadi ibu..hidup penuh tggjawab hingga nafas terakhir.
Jika ada anak perempuan, bayangkan kita menyediakan 'ibu' kpd masa depan.itu target utk kita.
Ketahui diri kita, yg baik, yg buruk..utk jdkan anak yg baik kita kena jadi contoh dan yg terbaik .

Kualiti terbaik..
1. Boleh berkorban utk anak
2. Serius dlm mendidik/garang

Yg x baik..
1. Pemarah
2. Tidak sabar

5. Kelebihan Madinah- Bilal Masjid Madinah


Solat fadilatnya 10 000 pahala spt solat di tempat lain dlm satu solat.
Akan kaya setelah miskin, kaya bukan dr segi harta semata2..kaya jiwa, kaya ilmu..dll
Malaikat menjaga madinah disetiap penjuru
Ada dlm doa rasulullah ttg madinah.
Klu meninggal di madinah akan dijamin kesejahteraan di akhirat.

Buatlah kebaikan tapi jgn mengharap kemashyuran kerana akan membinasakan hidup.
Cintailah Madinah krn ia bandar kesayangan rasulullah.


Itulah yg dapat dikongsi selama 2 hari ini di TWIN OF FAITH,.PICC PUTRAJAYA,
panjang  umur, diizinkan Allah, mudah2an berpeluang lagi berkampung seperti ini, mencari ilmu..

Assalammualaikum wbrt.





Saturday, December 28, 2013

Twin of faith - hari pertama

Twin of Faith 28 - 29 hb Disember
PICC PUTRAJAYA


1. Brother  Sh Assim Alhakeem

- jadilah org yg berubah bila keluar dr conference ini.
Jika rasullullah ada di sini skrg..adakah kita dikenali sebagai umatnya...
Jika kita mati..tiada yg bernilai dlm hidup..harta,
Saat kelahiran adalah sama dgn saat kematian kita..dimandi, di bungkus, diangkat..adakah kita tau ini hari terakhir kita disini?
Mulakan dgn download sunnah2 nabi..jadikan amalan hidup
GPS - ke jannah..
Jika jauh pun kita berjalan.., asalkn kita bertaubat, percayalah Allah akan terima taubat kita

2. Bidaah..by..Sh Alaa Elsayed


Ada 5 bidaah
Bila nabi berkhutbah..selalu sebut..akan ada inovasion dlm hidup..
Bidaah adalah..cuba utk mencuba mencapai Allah dlm apa cara yg baru
Inovasi ada 2.
1. Inovasi baru dlm peningkatan hidup..bagus
Jika inovasi dlm AGAMA..ianya adalah salah..bidaah

2. Inovasi dlm agama.
 Ada 2..1. Akidah.-kepercayaan 1..nulify islam - menidakkan semuanya yg haram itu boleh.mewajibkan sesuatu yg haram spt menyatakan Allah ada dimana2..nabi tidak adil..ada kekurangan dlm Quran...buat sesuatu yg menambah dlm ibadah semasa mem
      Sunnah ada 2..
1..yg kena buat.yg nabi buat..spt makan di tangan kanan
2..yg x boleh buat ..yg nabi x buat..spt menyebut nama Allah dlm tandas.

Zaman nabi dan sahabat 300 th yg awal adalah yg patut diikuti..itulah ISLAM..
Jika x tau sunnah akan terjebak dgn bidaah
Utk kepentingan diri..
Jgn sangka apa yg kita lakukan yg terbaik
Jgn menetapkan sesuatu yg nabi x buat dlm amalan..
Bacaan yassin utk si mati dn knduri hingga 40 hr - bidaah

3. Living the Sunnah ..Sh Daood Butt


Kehidupan sehari2 adalah sunnah jika kita tahu hadis2 ttgnya..pelajarilah..
Ikuti sunnah akan jalani hidup lebik baik.
Akan ubah juga budaya tp jg lebih islamik dn menikmati peningkatan iman.
Jadikan diri kita contoh dlm ikuti sunnah dan belajar, amik tau psl sunnah.
Mulakan dgn buat benda2 kecil yg mudah..
Jgn limitkan nk buat sunah yg mana..
Jgn fikir ikuti sunnah akan jd ekstrim krn akan menuduh Rasulullah juga ektrem
Berserah pd Allah., buat baik pd makhluk .,mulakan dlm keluarga sendiri.


4. Brother Sh AR McCarthy - Sunnah Cures


Bila sakit..ingat Allah dulu, baru cari ubat sbb Allah yg mengubatkan./menyembuhkan.
BERBEKAM...satu sunnah yg digalakkan utk mengatur semula darah, membersihkan darah setiap 6 bulan.
MADU....
HABBATUSSAUDA..
MINYAK ZAITUN..
KURMA
ANGGUR
Dan jauhi benda yg memudaratkan..
JUDI, ARAK, MAKAN BENDA2 HARAM

5. Brother Sh Sajid Umar


Islam adalah cara hidup
Ucapan salam adalah doa..nabi amalkan.
Ucapan salam akan memeriahkan syurga buat kita, hanya dr ucapan salam.
Sunnah mengucapkan salam. Setelah salam di tujukan..wajib menjawab salam dgn lebih baik dr yg mengucapkan.
Jgn marah klu org ambil tmpat duduk kita.,

Surah al-mujadalah ayat 11


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Jgn melangkah2 dlm majlis utk ke depan..
Jgn mencelah percakapan org..jgn melihat hal2 orang2..
Jgn susah2 mencari kesalahan atau cerita2 yg x kena mengena dgn kita.

6. Brother Sh Baker Ahmad Ghaith - imam masjid al-aqsa

Kerana dah penat agaknya..saya x dpt ape2 masa Sh Baker berceramah disini..ketika itu jam dh pukul 9 malam...sedih..

InshaAllah . Moga esok masih diberi kekuatan utk mencari ilmu bagi hari ke 2..InshaAllah..aminnn