Segala puji2an hanyalah bagi Allah yg telah menganugerahkan nikmat yg tidak terhitung banyaknya pada hambaNya yg banyak dosa ini.
Selawat dan salam -Allahhummasollia'alaSaidina Muhammad waalaahlihiwasohbihiwassallam,
ke atas junjungan mulia Rasullullah saw, kepada ahli keluarganya dan sahabat2nya.
Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..Allahhuakhbar..
Semasa menulis ini , cuaca sejuk sebab malam tadi hujan rahmat telah turun di rumah makabah di Kulai ini..saya disini kerna suami ada meeting di KL, daripada duduk sorang di rumah adalah lebih baik menumpang sekejap di rumah makabah ni.
Pagi2 lagi badan dah beransur baik, dah 2 3 hari badan sakit2 dan kena selsema.Alhamdulillah, Allahlah yg memberi nikmat baik., semuanya dari Allah.
Baru lepas bersarapan mee hoon hailam., mak beria2 benar nak makan hasil tangan saya., terharu juga. Takapalah., sesekali bertukar selera di pagi hari..
Mak dan abah ada di luar, sedang menyapu halaman rumah. Sayu hati tengok tangan2 tua itu masih gagah utk membersihkan rumah, walaupun tidak sekuatmana. Janganlah diharap hasil yang sama dgn tangan2 kita yang masih bertenaga ini.
Allahhuakhbar...
Selesai menyapu halaman., abah beri ikan makan..
Mak sibuk menyapu..
Teman mak di kala sunyi., mak jah yang rajin datang berkunjung ke rumah.
Allah hendak memberi lihat diri ini berfikir dan meneliti hidup..akhirnya semua sampai ke garis penghujung..bagaimana sampainya..Allah..moga husnul khatimah mampu diraih dgn redha Allah.
Angin menerjah daun2 rambutan disebelah rumah, sesekali menerpa pipi..dingin..terasa aman damai seketika., burung2 mula terbang mencari makan, sayup2 terdengar., damai seketika dipecahkan oleh deruman enjin kereta yg melalui depan rumah makabah ni..
Ingatkan x de sambutan utk bday saya., tapi..alhamdulillah..terasa disayangi bila disambut bday saya sebegitu..manakan tidak., diorang senyap2 buat persediaan. Kebetulan mmg nak ke bangi, untuk menghadiri wedding aman, anak buah,dan bercadang tidor rumah along., sesampainya dimuka pintu...
Taada..
Bunyi nyanyian....
"happy bday 2 u., happy bday 2 u., happpy bday 2 ummi., happy bday 2 u.,."
dgn kek icecream Buskin Robbin yg dh mula mencair.., agaknya dh lama diorang tunggu kami..
Shafri dan nazlan sibuk mengambik gambar ummi ni yg terkejut tak terkata...
sebak didada bila memikirkan kembali..saat itu..sangat suka..
Bday saya dan menantu hanya selang sehari., nazlan pd 19 hb., so di sambut serentak., along sibuk menyediakan speggetti bolongnese., kentang bakar dan air laici anggur.,
.sungguh...gembira, terharu, hanya Allah jua yg tahu ..
Bersama semua di malam tu..sedihnya izzat saja yg x ada.,
Bersama nazlan., potong kek..
Suami dan cucu..asraff..
Angah dan nazlan hadiahkan umminya ini dgn set telekung Siti Khadijah., bersama dgn tasbih digital dan diary takaful 2014..
Abah pula ., esoknya ajak umi pergi shopping di butik Modest Culture, kepunyaan Prof Muhaya di Kajang. Apalagi., umi pun pilih lah baju ni..
Bila dh pakai..masing2 cakap mcm prof..heehee.."Ummi Muhaya"..
Sopi menghantar mesej comel ni di wsaap..
Terima kasih sopi..♥♥♥
Sempat bergambar semasa wedding aman., anak buahku.
Malam selepas wedding aman., angah jemput kami makan2 pulak dirumahnya., sup tulang lembu., bersama mee teaw., daging masak ampal dan air asam bersama nasi menjadi hidangan malam tu..seronok juga merasa masakan perak ni..mulalah minta resepi., sebab kami tak biasa makan daging ampal dan air asam ni..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Terimakasih suami tercinta, anak2 tersayang dan menantu2 yg sporting dlm melayan ummi ni..Allah..Allah...Allah..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Esoknya bergegas mengekori sopi ke USIM, maklumlah dia membawa kereta sendiri., belum mahir selokbelok jalan pulang ke USIM.
Kemudian balik ke johor untuk ke rumah Pakcik Adi/Makcik Sarah di Lukut., Kota Tinggi..tekak mula terasa sakit., selsema mula turun., badan dah tak selesa., ditelan Actifast utk meredakan keadaan.,
Bersama mak dan adik2 ipar yg sporting..
Dalam kesibukan menjayakan majlis2 kahwin ni., badan yg tua dah surrender..akhirnya saya demam selsema..hari ni beransur baik..alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment