Friday, March 28, 2014

Bila ia berbunga lagi...

Assalam.,
Segala puji2an hanyalah bagi Allah ., Tuhan sekelian alam ,
Selawat dan salam keatas Rasulullah saw., jua kepada ahli keluarganya dan sahabat2nya..

Allahhuakhbar!!!
Rasa sangat2 bersyukur kerana bunga2 orkid ku., masih bisa memberiku senyuman., biarpun setahun sekali berbunga..walau tidak semeriah mana., namun., ketenangan dan senyuman setiap kali melihat kau berkembang..bunga2ku..
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah...
Engkaulah Yg Memberi..Yg Menghidupkan..
Allah..Allah..Allah..
(Senyum..)








Wednesday, March 12, 2014

Allah...amalan di akhir zaman ini..jauhi dari fitnah Dajjal

Assalammualaikum.,

Digalakkan membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi ini setiap hari untuk menghindari dari fitnah Dajjal. Jika tidak berkesempatan memadaie lah membaca surah alkahfi seminggu sekali., setiap hari Jumaat.



tandanya semakin hampir...
sangat ramai para ulama' dan orang2 soleh berpesan perkara yang sama..
antara pesanan penting Sayyidi Habib Umar bin Hafidz hafizahullah :
"Kami sangat berharap supaya disebarkan kepada seluruh ummat Islam untuk membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir daripada Surah al-Kahfi (gabungan 2 riwayat) terutama sebelum tidur dan mereka sudah berada di ambang keluarnya Dajjal pada akhir zaman... "

Terjemahannya..


[1]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". 





[100]
Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata; 
[101]
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali. 
[102]
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. 
[103]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? 
[104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". 
[105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. 
[106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. 
[107]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). 
[108]
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. 
[109]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
[110]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". 

Tuesday, March 4, 2014

Impian..

Ya Rasulullah...
Wahai Kekasih Allah...


Tips-tips ingin berjumpa Nabi Muhammad s.a.w .,

Hadis : Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."

1) Kisah benar seorang yg soleh yg masih hidup kini, dikurniakan pada berjumpa Nabi s.a.w di mimpi tiap2 malam,namun sudah 2 malam tdk berjumpa..namun brjmpa kembali lalu Baginda Nabi s.a.w mengkhabarkn bahawa orang itu sebelum ini ada melihat seorang pembaca berita yg tidak bertudung, lalu terhijab dari melihat Nabi s.a.w di mimpi beliau.

2) Seorang penuntut ilmu di mesir yang bertalaqqi dengan para masyaikh di sana,beliau istiqamah berselawat sebanyak 12,000 kali dan dikurnia beliau sering kali berjumpa dgn Nabi s.a.w secara yaqazah.

3) Diceritakan oleh Sheikh Dr Usamah iaitu Dr Sheikh Ali Jumuah dpt bertemu Nabi s.a.w di dalam mimpi setelah beliau mengkhatamkan 40 buah kitab tentang Nabi s.a.w..

4) Baca selawat ummiy 500 kali tiap2 hari,dan 1000x pada hari jumaat.

5) Nasihat Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam, amalkan selawat al-'azimiyah (ada dlm kitab zikir bekal akhirat )

6) Jika telah di amal kesemua amalan2 namun masih x dikurnia, 3 kemungkinan baginya iaitu tidak berbuat baik kepada ibu&bapanya, tidak berbuat baik kepada gurunya, atau ada simpan kitab2 yang menghentam para wali Allah...

KEYPOINTS ,mafhum kalam.

:: Lazimi selawat,jangan kurang 300x setiap hari pesan Al Habib Munzir Musawwa jika susah nak khatamkan selawat baca zikir Subhanallahi wabihamdih 100x terlebih dahulu.

:: Jaga pandangan ,jangan memandang perkara maksiat yg boleh mencemarkan kesucian hati.Pasti yg diplilih ALLAH untuk memandang Kekasih yg suci adalah mata yg suci juga.

:: Dikalangan hambanya ada manusia yang dikunjungi Nabi,ada yg mengunjungi Nabi.Beruntungnya mereka yg dikunjungi Nabi saw. Banyakkan baca sirah Nabi.To love is to know first.

:: Jaga adab dgn ibu bapa,guru2,ulama',ahlul Quran juga.Khidmat dgn mereka.

:: Teringat pesanan seorang sheikh,orang yg benar2 mencintai dan dicintai Nabi pasti akan bermimpi dan jumpa Rasulullah saw.

''Ya,Allah...perlihatkan kami wajah NabiMU dalam mimpi atau jaga''

+ Sentiasa berdoa selepas solat spy dapat dapat berjumpa Nabi SAW. Sesiapa yang merindui untuk berjumpa Nabi SAW, Pasti nabi SAW juga merindui untuk berjumpanya

#ps..
Sumber dari fb - Tazkirah harian