Assalam
Semoga segala niat dan usaha kita selama ini dalam lindungan dan keberkatan dari Allah jua..aminn
Hidup manusia ibarat musafir di bumi Allah ini...musafir yg tidak punya apa2 bekalan. Kita dilahirkan...zero...bayangkan tanpa seurat benang semasa kita dilahirkan dari perut ibu, tanpa harta, ...tanpa punya apa2...lemah selemahnya, mengharapkan bantuan lain untuk meneruskan hidup.
Bermulalah perjalanan hidup manusia...sang musafir. Detik usia yg berlalu, tahun demi tahun, mematangkan kita. Kita dianugerahkan akal fikiran yg tidak diberi pada makhluk lain. Sejauh mana kita mengemudi akal kita, akan menentukan sejauh mana kita berada pada pandangan manusia dan tahap mana pada pandangan Allah.(pandangan Allah yg kita cari )
Travel with design...
Agak tertarik dengan istilah yg dicetuskan oleh Prof. Muhaya..berjalanlah..bermusafirlah..tapi dengan corak yg dirancang..yg baik, yg bermenafaat..tidak dalam leka tanpa mendapat apa2. Begitu juga hidup ini..sentiasa bergerak dan bergerak dan berlalu..kekadang tanpa disedari umur berlalu begitu saja. Kitalah yg mencorakkan perjalanan hidup kita..corak yg bagaimana bergantung kepada kemampuan akal dan iman di dada. Sentiasa berharap yg terbaik dengan rahmat, rahim dan redha dari sang pencipta Yg Agung..Allah yg Maha Berkuasa.
Hujung minggu yg sudah, saya bermusafir, begitu juga hujung2 minggu yg sebelumnya...agak sibuk juga almaklum untuk mengedarkan kad2 jemputan majlis resepsi anak ke 2 saya pada 26.01.2013 ni...begitu banyak destinasi yg harus disinggahi. Tapi alhamdulillah dgn izinNya segala urusan berjalan lancar.
Sesuatu yg masih tidak boleh dijaga ialah ketika tersalam mereka2 yg bukan muhrim..hanya allah yg tahu..:( :(...walaupun berbagai pendapat ttg bersalaman ini.. saya masih memegang pendapat..yg bukan Muhrim HARAM bersentuhan...hati serba salah dalam hal ini..sedangkan hati menangis..tak berdaya menahan itu..sedarlah saya betapa saya belum ada kekuatan dalam mengubah keadaan ini..:(..moga Allah mengampunkan dosa2 hambamu ini....
Banyak yg dapat dirasa ketika bermusafir ini..saya melihat betapa Allah Maha Besar dalam menentukan hidup tiap hamba2nya..segala yg berlaku adalah dalam ketentuanNya..saya melihat bahawa biar semiskin mana kita..masih ada ruang untuk kita memungut pahala, Allah tidak pernah jemu untuk memberinya..banyakknya jiwa2 murni, biar hidup penuh ranjau..tapi masih bisa menguntum senyum melayan tetamu...biar diri dikala sunyi sendirian..dan kesakitan tapi masih bisa menghulur buahtangan pada kami...Allah..betapa kecinya diri berbanding jiwa2 yg besar ini..
Sesuatu yg menarik perhatian saya dan membuat saya sedih dan berfikir2 ialah bila terlihat masih ada lagi anak muda muslim kita bisa makan dan minum di cafe cake kedai bukan muslim....kenapa hal ini boleh terjadi...dimana silapnya..mana pergi saudara2 islam kita yg boleh membuka kedai seperti ini untuk memenuhi keperluan setempat....dalam hati mengucap syukur kerana ditempat saya sudah ada 2 kedai kek muslim...kalau tidak saya yg harus memenuhi tanggungjawab ini...alhamdulillah.
Bermusafir memang mencabar diri..membuat kita sentiasa sedar dan berwaspada pada sekeliling dan teman semusafir..sabar memainkan peranan utama..peka pada waktu supaya perjalanan kita mengikut apa yg dirancang..bersyukurlah jika kita mampu menjalaninya...yg penting Allah jangan dilupai..sentiasa menjaga solat dan alhamdulillah Allah sudah permudahkan kita dengan solat qasar dan jamak..
Jauh perjalanan luas pandangan..tapi biarlah besar apa yg dirasa dan dihayati untuk dijadikan pedoman hidup..
Bersyukurlah dgn segala anugerah Allah, kerana betapa kita selalu mengeloh susah, masih ramai lagi yg lebih susah dari kita,
Jalankanlah amanah yg telah dipertanggungjawabkan sebaik mungkin kerana kita hanyalah manusia yg lemah dan tidak sempurna, selalu tergelincir dan membuat dosa tanpa sedar...Allahhh....
Berusahalah jadi yg terbaik dikalangan kita dan sedarlah..Allah sentiasa melihat kita dan Dialah lah yg berkuasa menentukan segala2nya..
Jangan putus asa dengan rahmat Allah..kerna Allah tidak pernah melupai hamba2Nya..(.nasihat utk diri ini).....huhu
CUKUPLAH ALLAH ADA...DAN DIA ADA UNTUK KITA..JANGAN PUTUS ASA..
...'melurjelita...ILUS..'
Ramai anak muda sekarang berpendapat kita perlu berpikir dari luar kotak.. Banyak yg cakap.. "TAKDE TANDA HALAL TAK SEMESTINYA HARAM" .. Hidup ni diberi pilihan ... kalau kita ikut cara A .. jadilah A kepada kita dan anak-anak hari ni dan 10 dua puluh tahun akan dtg.. Kalau ikut cara B mungkin kita akan lebih mensyukuri dan tidak menyesali.. Terlalu banyak pendedahan tentang dunia luar tanpa pegangan asas menyebabkan ramai yg berilmu tanpa panduan garisan hidup yg sebenar... Moga Allah mengampuni kita semua.. Amin...
ReplyDeleteLihatlah dari mata hati...kita akan bermuhasabah diri
ReplyDeleteMoga kita jadi semakin baik setiap hari dlm mencari redha Allah