Sunday, January 20, 2013

Keutamaan / kelebihan AlMa'thurat

Bismillahhirrahmannirrrahim

Almathurat merupakan wirid dan doa harian yg diamalkan oleh Rasullullah saw. Baginda adalah orang yg paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yg diperolehi dari amalan doa dan wirid ini.


Wirid, doa ,zikir dan istighfar dalam almathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dlm segala aspek kehidupan.  Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan rohani dan jasmani.

Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dgn zikir yg mathur (yg berasal dari Nabi saw)

Jika sesiapa mengamalkan zikir AlMathurat ini, akan merasakan perbezaannya dgn hari2 yg tidak dimulakan dgn zikir AlMathurat ini. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dlm almathurat ini sebagai Senjata mukmin.

Firman Allah swt yg bermaksud :

Maka bersabarlah kamu terhadap apa yg mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya.

...surah AlQaaf ayat 19.

AlMathurat boleh dibaca pada waktu pagi dan petang mengikut ruang waktu yg tersedia bagi seseorang.Wirid dan doa yg terkumpul didalamnya berdasarkan nash yg sahih dan berdasarkan amalan Yg memang dilakukan oleh Rasullullah saw.

AlMathurat terbagi kepada 2., iaitu AlMathurat AlKubra dan Sugra.
AlMathurat AlKubra merupakan rangkaian doa yg panjang, sedangkan AlMathurat AlSugra lebih ringkas. Jika memiliki masa yg cukup maka bacalah AlMathurat AlKubra, jika tidak memadailah dgn AlMathurat AlSugra.

Beramallah sesuai dgn anjuran Islam, iaitu seperti yg diamalkan oleh Rasullullah saw. Orang2 mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dgn berbagai amalan dan ibadah yg dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam be3zikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Tuhannya. Tiada sesuatu yg lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dalam berzikir dan berdoa ada masa2 yg tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkanNya. Alangkah lebih baik jika mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita bersikir dan berdoa kepadaNya. Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yg tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yg beriman di kala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang ia tetap dgn kerendahan jiwanya dgn berzikir kepadaNya.  Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yg Agung.

Setiap individu baik sebagai pemimpin dlm rumahtangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir AlMathurat. Dgn membaca zikir2 yg diamalkan oleh Rasullullah saw ini bererti kita membentingi diri kita dgn senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yg terkutuk.

Oleh sebab itu Al Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yg baik utk mengikut sunnah Rasullullah saw. Beliau telah memilih dan menyusun AlMathurat dgn mengharapkan bimbingan dpd Allah SWT agar terhindar dari gangguan syaitan yg penuh dgn angkara murka. Maka alangkah baik setiap darimkita sebagai muslim mengamalkan zikir AlMathurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

AlMathurat dimulai dgn ucapan "aku bermohon perlindungan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yg direjam", mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allh, kemudia berusaha utk terhindar dari sesuatu yg dapat Menyesatkan jiwa seseorang dari mengingati Allah.

Bacaan dan zikir yg terkandung dalam zikir AlMathurat terdapat beberapa keutamaan yg dijanjikan Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad saw. Hanya insan yg mengetahui betapa besarnya nilai doa dlm kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian.

Semoga umat Islam semuanya mendapat keredhaan Allah dlm mencari kebenaran di dunia ini

IMAM ALGHAZZALI menulis....

Ada 4 peringkat zikir...

1. Zikir hanya dgn lisan
2. Zikir dengan lisan disertai hati secara paksaan (takalluf)
3. Zikir dengan hati dan hadirnya pada lisan tanpa paksaan.
4. Zikir yg benar2 membekas ke dalam hati sanubari, sehingga orang yg berzikir merasa tenggelam didalamnya.

Zikir yg pertama - sedikit manafaatnya dan lemah kesannya.

Sementara ' zikir hati' ialah tafakur mengingati Allah, merenungi dan memikirkan kebesaranNya, atau didalam hati selalu menyebut Allah (zikir ismuzzat).

Apabila berzikir seharusnya:

- berkelakuan yg baik
- jika didalam duduk , hendaknya mengadap kiblat
- bersikap tenang dan tidak tergopoh dalam melafazkan zikir
- tempat melakukan zikir haruslah bersih dan suci, terlepas dari   segala Yg membimbangkan perasaan.
- hendaknya orang yg berzikir itu membersihkan mulutnya sebelum ia mula berzikir.

Namun secara UMUMnya kita dibolehkan berzikir dlm segala keadaan sebagaimana firman Allah :

  "Orang yg mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dlm keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, lalu berkata  .."ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dgn sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"

....AliImran : 191

Secara batin apabila berzikir seharusnya :

- menghadirkan hati
- seboleh-bolehnya cuba menghayati makna zikir itu dikala lidahnya menyebut kalimah zikir.
- sentiasa kyusuk dan bersifat merendah diri kepada Allah.

Terjemahan Almathurat boleh didapati di post saya yg sebelumnya ini.

SUMBER :

ALMA'THURAT terbitan ..Abad Senergi sdn bhd
ALMA'THURAT terbitan...AlFalah Publication sdn bhd

Saya hanya menyalin sahaja dari sumber2 ini..

Alhamdullillah...


Semoga kita dapat memperoleh manafaat dan mengamalkannya...aminnnn

No comments:

Post a Comment