Wednesday, January 23, 2013
Ya Rasulullah
Ya Rasulullah.,
Betapa agungnya dirimu
Tanpa bayang-bayang
Cahaya di dalam cahaya
Ya Rasulullah
Hingga tidak mampu lidahku ucapkan syukur pada Ilahi
Kerna diri ini tergolong dalam umatmu
Syukur alhamdulillah
Hadirmu
Menyinari seluruh alam
Ya Rasulullah
Belum cukup diri ini mengenalimu
Kenal tapi jauh
Kenapa......?.
Bagaimana cinta bisa hadir
Jika diri leka untuk mengenalimu
Bagaimana untuk mengikuti sunnahmu
Jika cerita peribadimu , samar-samar dalam ingatan
Malunya...
Malunya...
Mengakui umatmu...
Maafkan aku ya Rasulullah
Jika selama ini tidak mencari dirimu
Mencari cintamu
Walhal cintamu pada umatmu melebihi nyawamu
Sanggup mengambil derita ajal umatmu
Tatkala sakaratul maut
Bibirmu tidak lekang dari menyebut 'umatku - umatku'
Hingga bengkak-bengkak kakimu dalam solat
Memohon keampunan umatmu
Ya Rasulullah
Sudikah dikau memberi syafaatmu
Tika diri ini terkapai-kapai derita di akhirat
Ya Rasulullah
Izinkanlah daku meminum air di telaga Kausarmu
Tika derita kehausan di padang Mahsyar nanti
Ya Allah
Izinkan aku merasa nikmat mencintai kekasihMu
Rasullullah saw
Merasai kebesaran dan keagungan insan mulia ini
Izinkanlah untuk memulakan semula
Pencarian diri untuk mencintaiMu dan RasulMu
Agar...bila hati mencapai cinta padanya
Mampu mengikut semua Sunnahnya
Bila semua itu berlaku
Bertambahlah Cintaku padamu
Ya Rasulullah.....
Mari berselawat
Mari berselawat
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad..

Allahhu Akbar....
12 Rabiulawal...
Sunday, January 20, 2013
Keutamaan / kelebihan AlMa'thurat
Bismillahhirrahmannirrrahim
Almathurat merupakan wirid dan doa harian yg diamalkan oleh Rasullullah saw. Baginda adalah orang yg paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yg diperolehi dari amalan doa dan wirid ini.
Wirid, doa ,zikir dan istighfar dalam almathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dlm segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan rohani dan jasmani.
Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dgn zikir yg mathur (yg berasal dari Nabi saw)
Jika sesiapa mengamalkan zikir AlMathurat ini, akan merasakan perbezaannya dgn hari2 yg tidak dimulakan dgn zikir AlMathurat ini. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dlm almathurat ini sebagai Senjata mukmin.
Firman Allah swt yg bermaksud :
Maka bersabarlah kamu terhadap apa yg mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya.
...surah AlQaaf ayat 19.
AlMathurat boleh dibaca pada waktu pagi dan petang mengikut ruang waktu yg tersedia bagi seseorang.Wirid dan doa yg terkumpul didalamnya berdasarkan nash yg sahih dan berdasarkan amalan Yg memang dilakukan oleh Rasullullah saw.
AlMathurat terbagi kepada 2., iaitu AlMathurat AlKubra dan Sugra.
AlMathurat AlKubra merupakan rangkaian doa yg panjang, sedangkan AlMathurat AlSugra lebih ringkas. Jika memiliki masa yg cukup maka bacalah AlMathurat AlKubra, jika tidak memadailah dgn AlMathurat AlSugra.
Beramallah sesuai dgn anjuran Islam, iaitu seperti yg diamalkan oleh Rasullullah saw. Orang2 mukmin sejati akan mengisi ruang masanya dgn berbagai amalan dan ibadah yg dapat mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam be3zikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian ia berdoa untuk mengharapkan keredhaan Tuhannya. Tiada sesuatu yg lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Dalam berzikir dan berdoa ada masa2 yg tertentu diberikan oleh Allah agar zikir dan doa kita diterima dan dimakbulkanNya. Alangkah lebih baik jika mampu mengisi dari setiap denyutan jantung kita bersikir dan berdoa kepadaNya. Kemudian menghayatinya sebagai sesuatu amalan yg tidak mungkin terpisah dari kehidupan kita. Kerana insan yg beriman di kala pagi ia bertasbih dan berdoa, dikala petang ia tetap dgn kerendahan jiwanya dgn berzikir kepadaNya. Dikala malam hari ia semakin menundukkan diri kepada Pencipta Yg Agung.
Setiap individu baik sebagai pemimpin dlm rumahtangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir AlMathurat. Dgn membaca zikir2 yg diamalkan oleh Rasullullah saw ini bererti kita membentingi diri kita dgn senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yg terkutuk.
Oleh sebab itu Al Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yg baik utk mengikut sunnah Rasullullah saw. Beliau telah memilih dan menyusun AlMathurat dgn mengharapkan bimbingan dpd Allah SWT agar terhindar dari gangguan syaitan yg penuh dgn angkara murka. Maka alangkah baik setiap darimkita sebagai muslim mengamalkan zikir AlMathurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
AlMathurat dimulai dgn ucapan "aku bermohon perlindungan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yg direjam", mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allh, kemudia berusaha utk terhindar dari sesuatu yg dapat Menyesatkan jiwa seseorang dari mengingati Allah.
Bacaan dan zikir yg terkandung dalam zikir AlMathurat terdapat beberapa keutamaan yg dijanjikan Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad saw. Hanya insan yg mengetahui betapa besarnya nilai doa dlm kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dlm kehidupan seharian.
Semoga umat Islam semuanya mendapat keredhaan Allah dlm mencari kebenaran di dunia ini
IMAM ALGHAZZALI menulis....
Ada 4 peringkat zikir...
1. Zikir hanya dgn lisan
2. Zikir dengan lisan disertai hati secara paksaan (takalluf)
3. Zikir dengan hati dan hadirnya pada lisan tanpa paksaan.
4. Zikir yg benar2 membekas ke dalam hati sanubari, sehingga orang yg berzikir merasa tenggelam didalamnya.
Zikir yg pertama - sedikit manafaatnya dan lemah kesannya.
Sementara ' zikir hati' ialah tafakur mengingati Allah, merenungi dan memikirkan kebesaranNya, atau didalam hati selalu menyebut Allah (zikir ismuzzat).
Apabila berzikir seharusnya:
- berkelakuan yg baik
- jika didalam duduk , hendaknya mengadap kiblat
- bersikap tenang dan tidak tergopoh dalam melafazkan zikir
- tempat melakukan zikir haruslah bersih dan suci, terlepas dari segala Yg membimbangkan perasaan.
- hendaknya orang yg berzikir itu membersihkan mulutnya sebelum ia mula berzikir.
Namun secara UMUMnya kita dibolehkan berzikir dlm segala keadaan sebagaimana firman Allah :
"Orang yg mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dlm keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, lalu berkata .."ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dgn sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"
....AliImran : 191
Secara batin apabila berzikir seharusnya :
- menghadirkan hati
- seboleh-bolehnya cuba menghayati makna zikir itu dikala lidahnya menyebut kalimah zikir.
- sentiasa kyusuk dan bersifat merendah diri kepada Allah.
Terjemahan Almathurat boleh didapati di post saya yg sebelumnya ini.
SUMBER :
ALMA'THURAT terbitan ..Abad Senergi sdn bhd
ALMA'THURAT terbitan...AlFalah Publication sdn bhd
Saya hanya menyalin sahaja dari sumber2 ini..
Alhamdullillah...
Semoga kita dapat memperoleh manafaat dan mengamalkannya...aminnnn

Saturday, January 19, 2013
Terjemahan Al-Ma'thurat berserta wirid dan doa
Doa dan Zikir Rasullullah saw
..disusun oleh AlSyahid Hassan Al-Banna
Bismillahhirrahmannirrahim...
Terjemahan alma'thurat ini dibuat untuk memudahkan saya lebih mendekatkan lagi dan menghayati lagi ayat2 ini ...mudah2an akan memberi manafaat kepada diri ini untuk lebih dekat denganNya..
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan gangguan syaitan yang direjam,
Surah al-Fatihah 1-7
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang menguasai hari pembalasan (akhirat)
Engkaulah sahaja ya Allah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
Surah alBaqarah 1-5
Aliff Laam Mim
Kitab alQuran ini tiada keraguan kepadanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa
Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki Yang kami anugerahkan kepada mereka
Dan mereka yang beriman kepada kitab alQuran yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab terdahulu sebelummu serta mereka yang yakin akan adanya kehidupan akhirat
Mereka itu yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung
Surah alBaqarah ayat 255 (ayat Kursy)
Allah, tidak ada tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus menguasai makhluknya, tidak mengantuk dan tidak tidur
KepunyaanNya segala yang di langit dan di bumi
Tiada yang dapat memberi syafaat melainkan dengan keizinanNya
Allah mengetahui apa yang dihadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka: dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan dengan apa yang dikehendakiNya
Kursy (ilmu) Allah meliputi langit dan bumi
Dan Allah tidak merasa berat memelihara ke duanya
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar
Surah alBaqarah 256 - 257
Tiada paksaan dalam agama (islam),sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur)
Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus
dan ingatlah, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Allah pelindung kepada orang yang beriman, ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)
dan orang yang kafir, penolong mereka adalah Taghut, yang mengeluarkan mereka (cahaya iman ) kepada kegelapan (kufur)
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.
surah alBaqarah 284 - 286
Kepunyaan Allahlah segala apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi.
dan jika kamu melahirkan apa yang apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.
Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakinya dan Allah menyiksa siapa yang dikehendakinya,
dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Rasullullah telah beriman kepada AlQuran, diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
demikian pula orang2 yang beriman kepada Allah, malaikat2nya, kitab2nya, dan rasul2nya,
dan mereka mengatakan ; kami tidak membezakan antara sesorang pun dengan yang lain dari rasul2nya ; dan mereka mengatakan ; kami dengar dan kami taat,; mereka berdoa ; Ampunkanlah kami ya Allah dan kepada Mu kami dikembalikan
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala dari kebajikan yang dilakukannya dan ia mendapat dosa dari kejahatan yang dilakukannya
Mereka berdoa ; Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Berikanlah kami kemaafan, ampunilah kami,dan rahmatilah kami, Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
Surah Al-Imran 1-2
Aliff, Laam Mim
Allah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya
Surah At-Thaha 111-112
Dan tunduklah segala muka kepada Allah Yang tetap Hidup, lagi kekal mentadbirkan makhlukNya, dan sesungguhnya rugilah orang yang memikul kezaliman.
Dan sesiapa yang mengerjakan segala amal soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah ia merasa takut diainaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
Surah At-Taubah 129
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan kecuali Dia. kepadaNya aku bertawakal, Dialah Tuhan 'Arasy Yang Maha Besar
Surah Al-Isra' 110 - 111
Katakanlah; Serulah nama Allah atau ArRahman , yang mana saja kamu serukan; kerana bagiNyalah nama2 yang baik, dan janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu
dan katakanlah; Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan kelemahanNya, dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh2.
Al-Mukminun 115 - 118
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama2 Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya dan balasan amalnya yang jahat itu, disediakan disisi Tuhannya, Sesungguhnya orang yang kafir tidak akan berjaya.
Dan katakanlah , wahai Muhammad; Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi Rahmat
Surah al-Rum 17 - 20
Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
Dan bagiNyalah segala puji dilangit dan di bumi dan juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dam mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup serta menghidupkan bumi sesudah matinya, dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan
Dan diantara tanda2 kekuasanNya, bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba2 kamu menjadi manusia yang hidup berkembang biak
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu, isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenanghati dengannya. dan dijadikan diantara kamu perasaan kasihsayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 bagi orang yang berfikir.
Surah ArRum 22 - 26
Dan diantara tanda2 kekuasanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 bagi orang yang berpengetahuan.
Dan diantara tanda2 kemurahanNya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya. sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan bagi orang yang mahu mendengar nasihat pengajaran.
Dan di antara tanda2 kekuasaaNya, ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan kamu dan memberi harapan, dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya bumi sesudah matinya. sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda2 bagi orang yang menggunakan akal.
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi dengan perintahNya, akhirnya apabila ia menyeru kamu dengan satu seruan dari bumi., kamu dengan serta merta keluar dari kubur masing2.
Dan sekelian makhluk yang ada dilangit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,
masing2 tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.
Al-Mukmin 1 -3
Haa Mim
Turunnya AlQuran ini dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui
Yang mengampunkan dosa dan yang menerima taubat., yang berat azabnya bagi orang2 kafir -
Lagi Pemberi Nikmat yang melimpah kurniaanNya,
tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaMu lah tempat kembali
Surah Al-Hasyr 22 - 24
Dialah Allah., tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui pekara yang ghaib dan yang nyata., Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dialah Allah , tiada Tuhan melainkan Dia,. Yang Menguasai, Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan ; Maha Pengawal ; Maha Kuasa ; Maha Kuat ; Memiliki Segala Kebesaran ; Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekelian makhluk ; Yang Mengadakan ; Yang membentuk Rupa; bagiNyalah nama2 yang sebaik2nya ; bertasbih kepadaNya segala yang ada dilangit dan di bumi ; dan Dialah Yang Tiada tolok bandingan,; lagi Maha Bijaksana
Al-Zalzalah 1 - 8
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya.
Dan berkatalah manusia dengan perasaan gerun ; Apakah yang sudah terjadi kepada bumi?
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya
Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya - berlaku demikian
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak dari kubur masing2 untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amalan2 mereka
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya
Al-Kafirun 1 - 6
Katakanlah wahai Muhammad : hai orang2 kafir
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu bukan penyembah Allah - yang aku sembah
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yg kamu sembah
Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Allah yg aku sembah
Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku
Al-Nasr 1-3
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan ( semasa engkau wahai muhammad berjaya menguasai negeri Mekkah)
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah berramai2
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat
Al-Ikhlas 1- 4
Katakanlah wahai Muhammad : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa
Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat
Ia tidak beranak dan ia pula tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya
Al-Falaq 1- 5
Katakanlah wahai Muhammad : Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk
Dari bencana makhluk2 yg ia ciptakan
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Dan dari kejahatan makhluk2 yang menghembus2 pada simpulan2 dan ikatan2
Dan dari kejahatan Orang yang dengki apabila ia melakukan dengki
Al-Nas 1 - 6
Katakanlah wahai Muhammad : aku berlindung kepada Allah Pemelihara sekelian manusia
Yang menguasai sekelian manusia
Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam
Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia
Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia
WIRID DAN DOA
SESUNGGUHNYA KAMI HAYATI WAKTU PAGI/PETANG HARI INI DENGAN KESEDARAN BAHAWA BUMI DAN ISINYA, INI SELURUHNYA ADALAH MILIK ALLAH.
DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH TIADA SEKUTU BAGINYA DAN TIADA TUHAN SELAINNYA DAN KEPADANYA KAMI AKAN DIBANGKITKAN/DIKEMBALIKAN - 3X
KAMI HIDUP PADA WAKTU PAGI / PETANG HARI INI DALAM SUASANA FITRAH, DALAM LINGKUNGAN KALIMAH IKHLAS, DENGAN MENGHAYATI AGAMA NABI MUHAMMAD SAW DALAM MILLAH (AJARAN) BAPA (DATUK) KAMI NABI IBRAHIM YANG BERSIFAT LURUS. SEMEMANGNYA BELIAU BUKANLAH SEORANG YANG MUSYRIK - 3X
YA ALLAH PADA PAGI / PETANG HARI INI KAMI SENTIASA MENIKMATI KESEJAHTERAAN PEMBERIANMU - KESELAMATAN DARI BALA BENCANA DAN TERTUTUPNYA RAHSIA DOSA2KU : MAKA OLEH ITU SEMPURNAKANLAH NIKMATMU, KESEJAHTERAANMU DAN PEMELIHARAANMU KE ATAS DIRIKU : DI DUNIA DAN AKHIRAT - 3X
YA ALLAH, APA SAHAJA NIKMAT YG AKU KECAPI ATAU PEROLEHI OLEH MANA2 MAKHLUKMU PADA WAKTU PAGI / PETANG HARI INI : SEMUANYA ADALAH DARIPADAMU JUA : YANG MAHA ESA DAN TIDAK MEMPUNYAI SEKUTU., BAGIMU SEGALA PUJI DAN SYUKUR - 3X
YA ALLAH YA TUHANKU
BAGIMU SEGALA PUJI SEAGUNG KEMULIAAN ZATMU, DAN SEAGUNG KEBESARANMU. - 3X
AKU REDHA ALLAH SEBAGAI TUHANKU
AKU REDHA ISLAM SEBAGAI AGAMAKU
DAN MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASULKU - 3X
MAHA SUCI ALLAH DAN SEGALA PUJI BAGINYA SEBANYAK BILANGAN CIPTAANNYA DAN KEREDHAANNYA, SEBERAT TIMBANGAN 'ARASYNYA DAN SEBANYAK DAKWAT YG TERPAKAI UNTUK MENULIS KALIMATNYA - 3X
DENGAN NAMA ALLAH YG DENGAN NAMANYA TERPELIHARA SEGALANYA SESUATU YANG DI BUMI DAN DI LANGIT DAIPADA SEBARANG BAHAYA. SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI - 3X
YA ALLAH KAMI BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA KEJAHATAN MENYEKUTUKAN ENGKAU DENGAN SESUATU YANG KAMI KETAHUI DAN KAMI MOHON AMPUN JIKA KAMI TERSALAH MENYEKUTUKAN ENGKAU DENGAN SESUATU YANG TIDAK KAMI KETAHUI - 3X
YA ALLAH, AKU BERLINDUNG DENGAN KALIMAH FIRMANMU YANG SEMPURNA DARI KEJAHATAN MAKHLUK CIPTAANNTA - 3X
YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI RASA SEDIH DAN GELISAH,
AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI RASA LEMAH DAN MALAS
AKU JUGA BERLINDUNG KEPADAMU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL SERTA DARI CENGKAMAN HUTANG DAN PENINDASAN ORANG - 3X
YA ALLAH
SIHATKANLAH TUBUHKU
SIHATKANLAH PENDENGARANKU
DAN SIHATKANLAH PENGELIHATANKU - 3X
YA ALLAH
SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI KEKAFIRAN DAN KEFAKIRAN
YA ALLAH AKU JUA BERLINDUNG KEPADAMU DARI SIKSAAN KUBUR
SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU
YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHANKU, TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU, ENGKAULAH YG MENCIPTA SEGALA SESUATU DAN AKU ADALAH HAMBA ABDIMU
AKU BERADA DALAM PERJANJIANMU DAN IKRAR KEPADAMU YANG AKAN AKU LAKSANAKAN DENGAN SEGALA KEMAMPUANKU
YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADAMU DAPIPADA SEBARANG KEJAHATAN YANG TELAH AKU LAKUKAN
AKU AKUI DGN SEBENAR2NYA SEGALA NIKMATMU KE ATASKU
AKU JUA MENGAKUI SEGALA DOSA2KU PADAMU
MAKA AMPUNKANLAH AKU KERNA SESUNGGUHNYA TIADA YANG MENGAMPUNI DOSA2 INI KECUALI ENGKAU YA ALLAH -3X
AKU MOHON KEAMPUNANMU, YA ALLAH
TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU YANG SENTIASA HIDUP DAN SENTIASA JAGA
YA ALLAH AKU BERTAUBAT KEPADAMU - 3X
WAHAI TUHANKU
LIMPAHKANLAH RAHMAT KESEJAHTERAAN KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW DAN SELURUH KELUARGANYA,SEBAGAIMANA TELAH ENGKAU LIMPAHKAN RAHMAT KESEJAHTERAAN KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI IBRAHIM DAN KELUARGANYA
LIMPAHKANLAH KEBERKATAN TERHADAP JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA, SEBAGAIMANA TELAH ENGKAU LIMPAHKAN KEATAS JUNJUNGAN MULIA NABI IBRAHIM DAN KELUARGANYA
DAN DI KALANGAN PENGHUNI SELURUH ALAM INI
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA TERPUJI DAN MAHA MULIA - 10 X
MAHA SUCI ALLAH DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ALLAH MAHA BESAR - 100 X
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
YANG MAHA ESA
TIADA SEKUTU BAGINYA
BAGINYA SEGALA KERAJAAN DAN PUJI
ALLAH BERKUASA ATAS SEGALA2NYA - 10 X
MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
AMPUNILAH AKU DAN AKU BERTAUBAT PADAMU - 3 X
YA ALLAH,
RESTUI DAN BERKATI JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI HAMBA, NABIMU DAN RASULMU YG UMMI
BERKATILAH JUGA KELUARGA DAN SAHABATNYA
SEJAHTERAKANLAH BAGINDA SELAMA2NYA
KAMI POHONKAN SEBANYAK APA SAJA YG DIKETAHUI OLEHMU ATAU SEBANYAK PERKARA YG DITULIS OLEH QALAMMU DAN SEBANYAK YG DIRANGKUM OLEH KITAB SUCIMU
TERIMALAH...REDHALAH JUA PENGHULU2 KAMI SAIDINA ABU BAKAR, UMAR , OTHMAN, ALI DAN PARA SAHABAT BAGINDA SEMUANYA, PARA TABI'IN DAN ORANG2 YG MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA SEHINGGA KE HARI PEMBALASAN. TERIMALAH MEREKA SEBAIK2NYA.
MAHA SUCI TUHAN YG MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAAN DARI SEGALA SIFAT TERCELA YG CUBA DILETAKKAN KE ATASMU
SALAM SEJAHTERA UNYIK PARA RASUL UTUSAN
DAN SEGALA PUJI HANYA LAYAK UNTUK ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM.
DOA SELEPAS WIRID
YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI LIDAH YANG BASAH KERANA MENGINGATIMU DAN MENYEBUT NAMAMU, HATI YG PENUH SEGAR MENGINGATIMU, HATI YG PENUH SEGAR MENSYUKURI NIKMATMU DAN TUBUH BADAN YG RINGAN, MENYEMPURNAKAN KETAATAN KEPADAMU
YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADA KAMI IMAN YG SEMPURNA, HATI YG KYUSUK, ILMU YG BERGUNA, KEYAKINAN YG BENAR2 MANTAP
YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI CARA HIDUP YG MANTAP, SELAMAT DARI SEGALA BAHAYA.
KAMI MOHON, YA ALLAH, KECUKUPAN DARI SEGALANYA SEHINGGA TIDAK SAMPAI KAMI MEMINTA2 DARI ORANG LAIN. DAN BERIKANLAH KAMI YA ALLAH IMAN KEPADAMU YG SEBENAR2NYA., SEHINGGA KAMI TIDAK MERASA TAKUT, MENGHARAP DAN MENYEMBAH SELAIN DARIMU,
KURNIAKANLAH NAUNGANMU KEPADA KAMI, KELUARGA DAN ANAK2 KAMI SERTA SESIAPA2 SAJA YG BERSAMA2 KAMI
JANGANLAH ENGKAU, YA ALLAH BIARKAN NASIB KAMI DITENTUKAN OLEH DIRI KAMI SENDIRI WALAUPUN SEKADAR SEKELIP MATA ATAU KADAR MASA LEBIH SINGKAT DARI ITU.
YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, ENGKAU TUHAN YANG MEMPERKENANKAN SEGALA PERMINTAAN.
SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN MULIA RASULLULLAH SAW, YG MULIA DAN KEPADA KELUARGANYA DAN SAHABAT2NYA
KATAKANLAH
YA ALLAH, PEMILIK KEKUASAAN ALAM BUANA, ENGKAU MEMBERI KEKUASAAN KEPADA SESIAPA YG ENGKAU SUKA DAN MERAMPAS KEKUASAAN DARI SESIAPA SAHAJA YG ENGKAU MAHU, YA ALLAH
ENGKAU BERKUASA MEMULIAKAN DAN MENGHINAKAN SESIAPA YG ENGKAU MAHU, DI TANGANMU SEGALA KEBAIKAN DAN KEKAYAAN. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA UNYUK BERBUAT APA SAJA TERHADAP APA SAJA
ENGKAU MENABIRKAN SIANG DGN MALAM DAN MENABIRKAN MALAM DENGAN SIANG, ENGKAU MENERBITKAN SESUATU YG HIDUP DARI SESUATU YG MATI, SEBAGAIMANA ENGKAU MELAHIRKAN YG MATI DARI SESUATU YG HIDUP. DAN ENGKAU MEMBERI REZEKI TANPA BERHITUNG, KEPADA SIAPA SAJA YG ENGKAU KEHENDAKI, ENGKAU MENGAGIHKAN REZEKI
YA ALLAH, MENJELANGLAH KINI MALAM CIPTAANMU DAN BEREDARLAH PULA SIANGMU, YA ALLAH, INILAH LUAHAN DAN PERMINTAAN DARIPADA PARA PENYERU AGAMAMU, OLEH ITU AMPUNKANLAH DOSA2KU.....
YA ALLAH ENGKAU ,MENGETAHUI HATI2 INI......TELAH BERKUMPUL KERANA MENGASIHIMU DAN UTK MEMATUHI PERINTAHMU, DAN BERSATU MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU DAN TELAH MENGIKAT JANJISETIA
MAKA ERATKANLAH YA ALLAH IKATANNYA DAN KEKALKANLAH KEMESRAANNYA DAN TUNJUKKANLAH JALANNYA DAN PENUHILAH DGN CAHAYANYA YG TIDAK AKAN PADAM DAN LAPANGKANLAH HATI2NYA DGN LIMPAHAN IMAN DGN MU
DAN KEINDAHAN BERTAWAKAL ATAS MU DAN HIDUPKANNYA DGN MENGENALMU
DAN MATIKANNYA ATAS SYAHADAHMU PADA JALANMU
ENGKAU SEBAIK2 SANDARAN DAN SEBAIK2 PENOLONG
RESTUILAH NABI KAMI, NABI MUHAMMAD SAW DAN AHLI KELUARGA BAGINDA SERTA SAHABAT2 BAGINDA SELURUHNYA
YA ALLAH, RESTUILAH JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SAW, AHLI KELUARGA DAN PARA SAHABAT BAGINDA SEMUANYA.
Amin.....
Semoga engkau perkenankan doa ini , Ya Allah.

Wednesday, January 16, 2013
Travel with design
Assalam
Semoga segala niat dan usaha kita selama ini dalam lindungan dan keberkatan dari Allah jua..aminn
Hidup manusia ibarat musafir di bumi Allah ini...musafir yg tidak punya apa2 bekalan. Kita dilahirkan...zero...bayangkan tanpa seurat benang semasa kita dilahirkan dari perut ibu, tanpa harta, ...tanpa punya apa2...lemah selemahnya, mengharapkan bantuan lain untuk meneruskan hidup.
Bermulalah perjalanan hidup manusia...sang musafir. Detik usia yg berlalu, tahun demi tahun, mematangkan kita. Kita dianugerahkan akal fikiran yg tidak diberi pada makhluk lain. Sejauh mana kita mengemudi akal kita, akan menentukan sejauh mana kita berada pada pandangan manusia dan tahap mana pada pandangan Allah.(pandangan Allah yg kita cari )
Travel with design...
Agak tertarik dengan istilah yg dicetuskan oleh Prof. Muhaya..berjalanlah..bermusafirlah..tapi dengan corak yg dirancang..yg baik, yg bermenafaat..tidak dalam leka tanpa mendapat apa2. Begitu juga hidup ini..sentiasa bergerak dan bergerak dan berlalu..kekadang tanpa disedari umur berlalu begitu saja. Kitalah yg mencorakkan perjalanan hidup kita..corak yg bagaimana bergantung kepada kemampuan akal dan iman di dada. Sentiasa berharap yg terbaik dengan rahmat, rahim dan redha dari sang pencipta Yg Agung..Allah yg Maha Berkuasa.
Hujung minggu yg sudah, saya bermusafir, begitu juga hujung2 minggu yg sebelumnya...agak sibuk juga almaklum untuk mengedarkan kad2 jemputan majlis resepsi anak ke 2 saya pada 26.01.2013 ni...begitu banyak destinasi yg harus disinggahi. Tapi alhamdulillah dgn izinNya segala urusan berjalan lancar.
Sesuatu yg masih tidak boleh dijaga ialah ketika tersalam mereka2 yg bukan muhrim..hanya allah yg tahu..:( :(...walaupun berbagai pendapat ttg bersalaman ini.. saya masih memegang pendapat..yg bukan Muhrim HARAM bersentuhan...hati serba salah dalam hal ini..sedangkan hati menangis..tak berdaya menahan itu..sedarlah saya betapa saya belum ada kekuatan dalam mengubah keadaan ini..:(..moga Allah mengampunkan dosa2 hambamu ini....
Banyak yg dapat dirasa ketika bermusafir ini..saya melihat betapa Allah Maha Besar dalam menentukan hidup tiap hamba2nya..segala yg berlaku adalah dalam ketentuanNya..saya melihat bahawa biar semiskin mana kita..masih ada ruang untuk kita memungut pahala, Allah tidak pernah jemu untuk memberinya..banyakknya jiwa2 murni, biar hidup penuh ranjau..tapi masih bisa menguntum senyum melayan tetamu...biar diri dikala sunyi sendirian..dan kesakitan tapi masih bisa menghulur buahtangan pada kami...Allah..betapa kecinya diri berbanding jiwa2 yg besar ini..
Sesuatu yg menarik perhatian saya dan membuat saya sedih dan berfikir2 ialah bila terlihat masih ada lagi anak muda muslim kita bisa makan dan minum di cafe cake kedai bukan muslim....kenapa hal ini boleh terjadi...dimana silapnya..mana pergi saudara2 islam kita yg boleh membuka kedai seperti ini untuk memenuhi keperluan setempat....dalam hati mengucap syukur kerana ditempat saya sudah ada 2 kedai kek muslim...kalau tidak saya yg harus memenuhi tanggungjawab ini...alhamdulillah.
Bermusafir memang mencabar diri..membuat kita sentiasa sedar dan berwaspada pada sekeliling dan teman semusafir..sabar memainkan peranan utama..peka pada waktu supaya perjalanan kita mengikut apa yg dirancang..bersyukurlah jika kita mampu menjalaninya...yg penting Allah jangan dilupai..sentiasa menjaga solat dan alhamdulillah Allah sudah permudahkan kita dengan solat qasar dan jamak..
Jauh perjalanan luas pandangan..tapi biarlah besar apa yg dirasa dan dihayati untuk dijadikan pedoman hidup..
Bersyukurlah dgn segala anugerah Allah, kerana betapa kita selalu mengeloh susah, masih ramai lagi yg lebih susah dari kita,
Jalankanlah amanah yg telah dipertanggungjawabkan sebaik mungkin kerana kita hanyalah manusia yg lemah dan tidak sempurna, selalu tergelincir dan membuat dosa tanpa sedar...Allahhh....
Berusahalah jadi yg terbaik dikalangan kita dan sedarlah..Allah sentiasa melihat kita dan Dialah lah yg berkuasa menentukan segala2nya..
Jangan putus asa dengan rahmat Allah..kerna Allah tidak pernah melupai hamba2Nya..(.nasihat utk diri ini).....huhu
CUKUPLAH ALLAH ADA...DAN DIA ADA UNTUK KITA..JANGAN PUTUS ASA..
...'melurjelita...ILUS..'

Thursday, January 10, 2013
untuk diri...
Assalammualaikum...
Salam sejahtera semua, semoga kita sentiasa dalam rahmat,redha dan rahimNya...amin
Setiap hari yang dilalui dlm hidup ini, bagaikan tiada kekuatan utk bertahan..banyaknya ujian2 yg datang..hingga x terdaya ...mampukah kita utk melalui semua ini. Pernah mendengar para ilmuan berkata..'Dunia hanyalah tempat utk mukmin berpenatlelah, Syurga adalah tempat berehat..'dunia hanyalah tempat menyemai, akhirat tempat utk menuai hasilnya.
Sukarnya menjadi manusia, sukarnya menjadi hambaNya..hidup penuh dengan dugaan, nafsu menguasai diri, lupa diri adalah hambaNya..kekadang diri hanyut dgn godaan dunia..tapi alhamdulilah Allah masih sayangi diri ini..cepat2 istigfar..cuba berpijak di bumi nyata...sentiasa ingatkan diri..aku hanyalah HAMBA..
Sentiasa berharap pada Allah , agar diri ini sentiasa dlm pandanganNya, kerna banyaknya dosa setiap hari, dgn manusia dan makhluk ciptaanNya....
Ya Allah....moga diri ini kau pandang ya Allah, mohon redhaMu dalam apa jua yang ku lakukan, moga aku tidak tersasar dalam menuju akhirat.
Ku berdoa, dengan jiwa dan tubuhku ini, setiap hari sepanjang hidupku ini...hidupku hanyalah untukmu...ya Allah kau bangkitkan jiwaku, penuhilah diri ini dengan cahayaMu, terangilah hati ini...
Hidup ini ya Allah ..hanyalah untukmu...Kaulah yang memiliki jiwaraga ini..hambamu hanyalah insan yg tidak berdaya..diri ini ..milikMu...Allah...
Ya Allah, tidak terucap kesyukuran nak ku panjatkan padamu..jadikanlah diri ini selalu bersyukur akan nikmat2 kurniaanMu kerna ku tau jika sebanyak air lautan dijadikan dakwat utk menulis nikmat2mu...tidak cukup..ya Allah
Ya Allah....
Kau terangilah hati ku...untuk melihat keindahan ciptaanMu, utk melihat keagunganMu, untuk merasai kebesaranMu, untuk mendengar puji-pujian yg hanya untukMu...kerna diri ini hanyalah milikMu...
Ya Allah...moga hidupku, ibadahku, matiku hanyalah untukMu..kuatkanlah keimanan ku, agar sentiasa lidah ini basah dalam zikirMu,
Monday, January 7, 2013
Salam ukhwah dan salam permulaan
Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalammualaikum...
Tahun baru baru saja membuka tirainya...
Umur semakin meningkat dan mati semakin mendekat. Benarlah sekarang akhir zaman, masa sangat cepat berlalu...
Tahun 2012 yg dilalui bagai sekelip mata...banyak yg berlaku dlm hidup ini..ini blog ke 2 ku selepas My Lovely Cakes - myazah.blogspot.com yg memfokus pd hasil2 tangan yg dianugerahkan oleh Allah ini.
Agak lama juga utk membuka blog baru..ialah blog utk bicara diri sendiri..nak post apa2 yg ada dalam diri ..waktu ini ..tika mana hati terlonjak2 utk berbicara dan minta dinukilkan di blog ini...mungkin sampai masa bisa dilihat, difahami oleh insan2 yg mengerti..bisa memperoleh sesuatu utk dijadikan pedoman atau setidak2nya buat diri sendiri melepaskan perasaan..
Mungkin selepas ini akan ada 'something' di sini..mohon agar ada yg bisa mendoakan semoga catatan ini mendapat keberkatan dr Yg Maha Esa, redha dan rahmatNya.
Untuk rakan kenalan yg dah follow di My Lovely Cakes..harap sudi juga menjengah disini hendaknya.
Salam ukwah dan salam permulaan.
Assalamualaikum.

Subscribe to:
Posts (Atom)