Thursday, February 28, 2013

Bila alam mempersonakanku..Allah!!!...

Assalammualaikum,

Segala puji2an hanyalah buat Sang Pencipta..Allah Tuhanku, Yang Maha Besar Kuasanya, hambaMu ini hanyalah hambamu yg hina..
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah saw, kekasihMu ya Allah, serta kaum keluarga  dan sahabat2nya.

Allah..Maha pencipta..
Bila alam mempersonakanku..betapa hebat ciptaanmu..Ya ALLAH..
Bila langit dan awan yang selalu kulihat..



























'Allah yg menciptakan 7 langit berlapis2, kamu sekali2 tidak melihat pada ciptaan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, sesuatu yg tidak seimbang. Maka lihatlah berulang2, adakah kamu lihat sesuatu yg tidak seimbang?'

'Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali (berbalik) kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat pun (hampa) dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah (kerana habis tenaga dgn sia2).'

...surah Al-Mulk ayat 3 dan 4.

ALLAH...,ALLAH....,ALLAH...

ALLAHHUAKHBAR,!!!!

Thursday, February 7, 2013

Majlis Resepsi Asma' dan Nazlan

Assalam

Jika di post terdahulu dicoretkan crite2 pra majlis...kali ini tiba masa bercerita tentang majlis resepsinya pula...


Alhamdulillah dgn izinYa, semua berjalan lancar..sama seperti majlis alongnya dulu, kami membuat keputusan untuk membuat majlis'bersama' - bermaksud..majlis itu adalah gabungan majlis pihak lelaki dan perempuan...saya melihat banyak kebaikan dlm hal ini..masa, tenaga, juga bajet dapat diuruskan dgn sebaik2nya.

Majlis berlangsung pada 26 hb Januari lepas di Kg Pengantin, Jln Central Kelang, Kuala Lumpur..setelah berlangsungnya majlis pernikahan pada 8 hb Disember 2012 yg lalu.

Cuma..bila memikirkan Kg Pengantin ini yg jauh dari Johor..rasa kesian pula pada sanaksaudara dan sahabathandai yg nak datang ke majlis itu...ini semua telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.

Pihak perempuan mengenakan tema pink dan pihak lelaki bertema purple..

Biarlah gambar yg bercerita..


Cantiknya anak ummi..


Pengantin ..serba hijau teqouis


Sekeluarga bergambar bersama pengantin



Bersama keluarga kedua2 belah pihak


Sekali lagi berpeluang bergambar..


Bersama goodies2 sebelum tetamu datang


Bersama 'besan' ..Puan Maznah


Fiza dan keluarga..terimakasih sudi memeriahkan majlis..datang jauh2 dari Kuantan


Pertemuan x disangka ..setelah 30 tahun..tidak bertemu


Siapa tau..senyum je yea..;)


Setiap ahli keluarga ada badge tau..crew pun


Sofi..sempat bergambar sebelum majlis


Lucukan..nak bergambar dgn kek pengantin..tau2 x jelas, lampu belakang lebih terang dari kami..huhu


Along dan Syu..teman di meja goodies

Ini gambar2 yg sempat diambil sendiri..x sabar nak tunggu dari album fotographer, terimakasih jua pd Sofi yg menyumbang gambar2..

Terimakasih tak terhingga buat insan2 yg menyumbang tenaga, masa dan lain2 bagi menjayakan majlis ini , langsung maupun tidak langsung. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya. Terima kasih

Selamat berbahagia angah-nazlan. Moga menjadi ibubapa mithali kepada anak2 yg soleh solehah....aminnnn

Wednesday, February 6, 2013

Pra-Majlis Resepsi Angah (Asma') dan Nazlan

Assalam

Nak bercerita sikit tentang perjalanan diri..

Baru2 ini berlangsung majlis resepsi anakku angah..Kami berkampung di Kg Pengantin, K Lumpur utk membuat persiapan majlis itu.
Alhamdulillah dgn izinNya , semua berjalan lancar.

Ini gambar2 persiapan awal sebelum majlis.




utk kudapan


acara membungkus goodies dan lain-lain


sorryla..gambar x clear..almaklum semua sedang bekerja..
.
angah..sibuk nampak..
along..x larat nak duduk di lantai..

packing utk goodies anak2 dlm paper bag




ehem...sang pengantin..tak sedar ke gambar tengah amik ni..






kedua-dua belah pihak sibuk dgn kerja masing-masing


Inilah goodies2 tu..akhirnya siap jua packing..