Jika di post terdahulu dicoretkan crite2 pra majlis...kali ini tiba masa bercerita tentang majlis resepsinya pula...
Alhamdulillah dgn izinYa, semua berjalan lancar..sama seperti majlis alongnya dulu, kami membuat keputusan untuk membuat majlis'bersama' - bermaksud..majlis itu adalah gabungan majlis pihak lelaki dan perempuan...saya melihat banyak kebaikan dlm hal ini..masa, tenaga, juga bajet dapat diuruskan dgn sebaik2nya.
Majlis berlangsung pada 26 hb Januari lepas di Kg Pengantin, Jln Central Kelang, Kuala Lumpur..setelah berlangsungnya majlis pernikahan pada 8 hb Disember 2012 yg lalu.
Cuma..bila memikirkan Kg Pengantin ini yg jauh dari Johor..rasa kesian pula pada sanaksaudara dan sahabathandai yg nak datang ke majlis itu...ini semua telah diaturkan oleh Yang Maha Esa.
Pihak perempuan mengenakan tema pink dan pihak lelaki bertema purple..
Biarlah gambar yg bercerita..
Cantiknya anak ummi..
Pengantin ..serba hijau teqouis
Sekeluarga bergambar bersama pengantin
Bersama keluarga kedua2 belah pihak
Sekali lagi berpeluang bergambar..
Bersama goodies2 sebelum tetamu datang
Bersama 'besan' ..Puan Maznah
Fiza dan keluarga..terimakasih sudi memeriahkan majlis..datang jauh2 dari Kuantan
Pertemuan x disangka ..setelah 30 tahun..tidak bertemu
Siapa tau..senyum je yea..;)
Setiap ahli keluarga ada badge tau..crew pun
Sofi..sempat bergambar sebelum majlis
Lucukan..nak bergambar dgn kek pengantin..tau2 x jelas, lampu belakang lebih terang dari kami..huhu
Along dan Syu..teman di meja goodies
Ini gambar2 yg sempat diambil sendiri..x sabar nak tunggu dari album fotographer, terimakasih jua pd Sofi yg menyumbang gambar2..
Terimakasih tak terhingga buat insan2 yg menyumbang tenaga, masa dan lain2 bagi menjayakan majlis ini , langsung maupun tidak langsung. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya. Terima kasih
Selamat berbahagia angah-nazlan. Moga menjadi ibubapa mithali kepada anak2 yg soleh solehah....aminnnn
No comments:
Post a Comment