Saat tersedar, langit masih lagi teguh berdiri
Mentari masih lagi bersinar,
Hujan masih lagi membasahi bumi,
Awan masih berarak megah,
Memberi panorama yang masih memukauku,
Angin masih menyapa pipi...
Sedarlah aku bahawa Allah masih menyayangi ku..
Memberi rahmat yang tak putus2,
Biarpun diri ini terleka, terlupa,
Dek kesibukkan dunia,
Banyaknya amalan yang ketinggalan,
Banyaknya nikmat2 yang tidak disyukuri,
Lidah tidak basah memujiMu ya Allah,
Hati terleka , jiwa mula lupa..
Ibadah hanya dibuat buat pelepas syarat..
Allah..Allah..Allah..
Ampunilah diri ini,
Kasihanilah aku Ya Allah..,
Saat tersedar..hati sayu, jiwa berduka,
Cepat2 istighfar.,
Kaulah YANG MAHA PENYAYANG,..
Maha Penerima Taubat,.
Kasihanilah diri ini Ya Rabb..
Tika sujudku hanyalah padaMu,
Tiada lain selain dariMu , yang Maha Agung,
Maha Besar KekuasaanMu.,
Terimalah aku ini yang sentiasa berdosa,
Sentiasa leka dek dunia,
Tiada Tuhan selainMu Ya Allah,
Tiada daya upaya diri ini..kerna aku hanyalah hambaMu,
Kaulah Penciptaku,
Yang mengetahui setiap langkahku,setiap gerak hatiku,
Yang memegang jiwaku..
Allah...Allah..Allah..
Kasihanilah aku Ya Allah..
Terimalah aku ya Allah.,
Janganlah aku antara yang Kau murkai..
Ampunilah aku Ya Allah..
Berilah kelapangan dlm hidupku untuk mengingatiMu,
Berilah kekuatan dalam membuat ibadah keranaMu,
Berilah hati yang ikhlas , hanya keranaMu,
Jadikanlah aku,
HambaMu yang Kau redhai
Dunia dan akhirat..
Kasihanilah aku Ya Allah..
Perkenankanlah Ya Allah
Amin ya Allah..
No comments:
Post a Comment