Monday, February 3, 2014

Jalan Yg Benar - Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ibnu Batoota ( share dr FB nya)
~Saya ikut Al-Quran dan Hadis~

(Peringatan)

*Tulisan asal oleh Ibnu Batoota, saya bertanggungjawab penuh atas tulisan ini dan diharamkan untuk disebarkan kecuali jika dikredit kepada fb saya untuk mengelakkan fitnah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Tak perlu minta izin share.*

Hari ini, telah wujud pelbagai pecahan kumpulan agama seperti yang diramalkan Rasulullah.

Dan semua pecahan agama itu mengakui bahawa mereka mengikut Al-Quran dan Hadis.

Di Malaysia sekarang, terdapat 3 kumpulan yang popular. 2 kumpulan sesat (dan difatwakan sesat oleh fatwa-fatwa negeri dan fatwa kebangsaan), dan 1 kumpulan sahih.

1) Wahabbi/Salafi. (Difatwakan sesat)
2) Syiah. (Difatwakan sesat)
3) Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. (Ikutan umat Islam sepanjang zaman)

a) Apakah itu Wahabbi/Salafi?

-Wahabbi ialah sejenis gerakan yang baru muncul sebelum perang dunia pertama.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, Mr. Albani, Bin Baz, Soleh bin Fauzan dan makhluk-makhluk Allah yang hidup di era akhir zaman ini.

-Markaz utama mereka ialah Arab Saudi. Mereka (bani Sa'ud yang berfahaman Wahabbi) diberi hadiah seluruh negara Arab Saudi oleh Eropah sebagai tanda penghargaan kerana membantu dalam menghapuskan Empayar Islam Turki Utmaniyyah yang telah bertahan lebih 600 tahun. Jadi mereka pun namakan negara Arab Saudi tu berdasarkan nama kabilah mereka iaitu Sa'ud.

-Mereka sesat kerana beberapa aspek di dalam akidah dan fiqh serta mengkafirkan ahli tasawwuf. Mereka berkeyakinan akidah campur-campur antara mujassimah dan hulul misalnya menganggap Allah mempunyai anggota badan (mujassimah) dan beranggapan Allah bersatu/bersentuh/bertempat di dalam langit (hulul).

-Mereka sangat takut apabila digelar Wahabbi kerana sejarah hitam Wahabbi yang mengkhianati Khalifah Uthmaniyyah dan kerosakan lain. Oleh sebab itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Salafi".

b) Apakah itu Syiah?

- Syiah ialah sejenis gerakan yang diwujudkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba' bersama orang-orang Majusi Parsi (kini Iran) pada zaman khalifah Saidina Ali r.a.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DICIPTA BARU oleh paderi-paderi mereka. Mereka menolak untuk mengikut Quran dan Hadis yang sedia ada kerana menganggap kedua-duanya tidak sahih. Kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) dianggap tidak sahih kerana ianya diriwayatkan oleh para Sahabat Rasulullah yang mereka hukum sebagai murtad dan kafir. Oleh sebab itu mereka mencipta Al-Quran dan Hadis yang baru.

-Markaz utama mereka ialah di Iran kerana di sana merupakan tempat utama penganut agama Majusi (penyembah api) sejak zaman Nabi. Setelah agama Syiah diperkenalkan, orang-orang Majusi telah memeluk agama ini dan menjadikan Iran sebagai markaz utama sehingga ke hari ini.

-Mereka bukan lagi sesat tetapi kafir kerana mereka mengkafirkan para Sahabat Nabi kecuali beberapa orang, menolak Al-Quran dan Hadis yang sedia ada dan sebagainya.

-Mereka juga seperti Wahabbi, sangat takut jika digelar Syiah sehingga paderi-paderi mereka memfatwakan agar boleh menipu untuk menyembunyikan identiti Syiah mereka (yang digelar Taqiyyah). Gelaran yang mereka beri untuk diri sendiri ialah "mazhab Ahlul Bait".

c) Apakah itu Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)?

-ASWJ ialah satu-satunya kumpulan yang dijamin Rasulullah selamat, ia diasaskan oleh Rasulullah sendiri dan diteruskan perjuangannya oleh para Sahabat Nabi, seterusnya diwariskan kepada para Tabi'in (murid para Sahabat), seterusnya diwariskan kepada Tabi' Tabi'in (murid para Tabi'in). Penyusunan mazhab ASWJ secara rapi dan tersusun dimulakan oleh para Tabi'in kemudian diteruskan oleh para Tabi' Tabi'in. Sehingga mazhab-mazhab ini diberi nama berdasarkan para Tabi'in atau Tabi' Tabi'in yang menyusunnya untuk mudahkan umat Islam mengenalinya, misalnya mazhab Hanafi (seorang Tabi'in), mazhab Syafi'e (seorang Tabi' Tabi'in) dan lain-lain ulama ASWJ.

-Mereka mengikut Al-Quran dan Hadis yang DITAFSIRKAN oleh Nabi Muhammad, para Sahabat, para Tabi'in, dan para Tabi' Tabi'in. Ajaran Rasulullah dan Sahabat diajar kepada umat Islam secara bersanad sehingga ke hari ini.

-Markaz ASWJ ialah di seluruh dunia, asalnya pusat Khalifah seperti di Turki merupakan markaz utama ASWJ, tetapi selepas Eropah dan Wahabbi meruntuhkan khalifah, maka kini ASWJ berdikari di tempat masing-masing. Misalnya di Malaysia, kita mengikut fahaman ASWJ mazhab Syafi'e dari segi Fiqh dan mazhab Asy'ari dari segi akidah. Ini merupakan keputusan ulama Malaysia sejak dahulu dan dipersetujui pula oleh para Sultan. Mentaati Sultan yang sah dalam hal kebaikan adalah wajib dan mengingkari Sultan dalam hal kebaikan adalah Khawarij.

-Mereka dijamin selamat oleh Rasulullah sendiri di dalam hadis-hadis sahih.

-Mereka tidak pernah takut atau elergi bila digelar sebagai pengikut mazhab Syafie, atau pengikut mazhab Hanafi, atau pengikut Asy'ari, atau pengikut Maturidi, atau pengikut Hanbali dan nama-nama imam ASWJ lainnya kerana semua imam-imam itu di jalan yang benar. Tiada siapa akan kisah kalau kita dinisbatkan sebagai pengikut kepada imam-imam yang benar. (Beza dengan Wahabbi dan Syiah yang sangat takut dengan bayang-bayang sendiri).

Note: Kita di Malaysia mengikut mazhab Syafie dan akidah Asy'ari, dan mereka ini bersanad yang kuat sehingga Rasulullah. Oleh sebab itu kita mengikuti mereka.

Berbeza dengan Wahabbi, jika kita mengikuti mereka, sanad kita akan terputus sehingga ke buku-buku bacaan Albani, Muhammad bin Abdul Wahhab dan tokoh-tokoh Wahabi lainnya.

Begitu juga Syiah, jika kita mengikut mereka, sanad kita akan terputus sehingga seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba'.

Kepada yang Allah kurniakan akal, silakan berfikir dan pilih jalan yang benar.

Kepada yang Allah kurniakan otak tapi tidak akal, sila jangan meroyan di post ini.

Note 2: Semua gerakan-gerakan aneh ini mendakwa mereka ikut Al-Quran dan Hadis (tapi mengikut tafsiran mereka sendiri, bukan tafsiran Nabi dan Sahabat), jadi janganlah terpedaya dengan slogan indah mereka.

2 comments:

  1. Tuhanku, berikan daku di dunia ahli sunnah wal jamaah, dan kepada akhirat daku ahli sunnah wal jamaah, dan jauhi daku azab neraka.

    ReplyDelete